Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Top Gun: Maverick tiba di Pavilion Kuala Lumpur dengan iklan animasi 3D sebelum tayangan 26 Mei

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Top Gun: Maverick tiba di Pavilion Kuala Lumpur dengan iklan animasi 3D sebelum tayangan 26 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan tayangan Top Gun: Maverick sebelum ia dikeluarkan di pawagam Malaysia pada 26 Mei ini, United International Pictures Malaysia (UIP) akan mempamerkan paparan 3D anamorfik di Pavilion Kuala Lumpur. Animasi 3D 30 saat ini akan dipaparkan selama 2 minggu sahaja, bermula hari ini hingga 5 Jun.

Malaysia adalah antara sepuluh negara yang akan menyiarkan inisiatif ini termasuk Australia, Itali, Jepun, Korea, Singapura, Sepanyol, Taiwan, UK, dan AS. Inisiatif ini adalah yang pertama untuk UIP Malaysia.

Bagi mereka yang tidak tahu tentang filem Top Gun: Maverick, berikut adalah sinopsis:

Selepas lebih daripada 30 tahun berkhidmat sebagai salah satu juruterbang terkemuka bagi pihak Navy, Pete “Maverick” Mitchell (Tom Cruise) kembali ke personanya sebagai pilot yang berani untuk mengelak jawatan kerja yang memerlukan dia bekerja di darat. Apabila mendapati dirinya harus melatih sekumpulan graduan Top Gun untuk misi khusus, Maverick bertemu dengan Lt. Bradley Bradshaw (Miles Teller), aka “Rooster,” anak kepada arwah rakannya, Lt. Nick Bradshaw aka “Goose”.

Menghadapi masa depan yang tidak pasti dan terpaksa berdepan dengan masa lalunya, Maverick harus berkonfrontasi dengan ketakutan di dalam dirinya, di mana dirinya bakal dicabar dalam misi yang memerlukan pengorbanan daripada mereka yang memilih untuk menghadapinya.

Top Gun: Maverick sekali lagi membintangi Tom Cruise sebagai Pete “Maverick” Mitchell, seorang juruterbang pejuang terkenal yang kembali ke sekolah penerbangan Top Gun untuk melatih juruterbang generasi akan datang. Sekuel yang ditunggu-tunggu ini diarahkan oleh Joseph Kosinski (Tron: Legacy, Oblivion) dan ditulis oleh Christopher McQuarrie (Mission: Impossible – Fallout), Ehren Kruger (The Ring), dan Eric Warren Singer (Only The Brave) berdasarkan sebuah cerita oleh Justin Marks (The Jungle Book) dan Peter Craig (The Batman).

Selain Cruise, Top Gun: Maverick mempunyai barisan pelakon yang sangat hebat, termasuk pelakon veteran Jon Hamm, Jennifer Connelly, Val Kilmer, Ed Harris dan Charles Parnell, serta beberapa bintang baru. Miles Teller mengetuai generasi seterusnya, termasuk Glen Powell, Lewis Pullman, Monica Barbaro, Jay Ellis, Danny Ramirez, dan Greg Tarzan Davis.

Top Gun: Maverick sudah pun ditayangkan di luar negara, dan mendapat sambutan yang sangat positif kerana jalan cerita dan adegan aksinya yang hebat. Buat peminat di Malaysia, korang tidak perlu tunggu lama lagi kerana filem ini akan ditayangkan pada hari Khamis, 26 Mei 2022.

Untuk segala liputan kami tentang filem, tidak kira live action atau animasi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemKuala LumpurTop Gun: Maverick
Previous Post

Mobile Legends: Bang Bang – Senarai hero META setakat update 1.6.72

Next Post

Superhero Malaysia, Keluang Man akan mendapat filem live action!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Superhero Malaysia, Keluang Man akan mendapat filem live action!

Superhero Malaysia, Keluang Man akan mendapat filem live action!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd