Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tonton Marvel Anime: Wolverine sekarang di Youtube!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Tonton Marvel Anime: Wolverine sekarang di Youtube!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Marvel dikenali sebagai IP untuk negara Amerika Syarikat, itu tidak bermaksud karyanya tidak pernah diadaptasikan ke platform lain. Jika anda suka anime dan Marvel, kebetulan ada siri anime popular yang boleh ditonton secara percuma sekarang. Bernama Marvel Anime: Wolverine (2011), anime ini kini boleh ditonton di Youtube selepas dimuat naik semula pada hujung minggu lalu. Saya akan sediakan pautan untuk episod pertama di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=6b3fFtF_D3Y

Bagi mereka yang tidak tahu tentang anime Wolverine, ia sebenarnya telah dihasilkan pada sedekad oleh Madhouse. Studio ini juga amat terkenal kerana merekalah yang menghasilkan animasi untuk musim pertama One-Punch Man. Siri anime ini mempunyai sebanyak 12 episod dan diarahkan oleh Yuzo Sato, serta dipantau oleh penulis komik legenda, Warren Ellis. Berikut adalah sinopsis ringkas untuk anime Wolverine:

“Suatu malam di New York, Logan menyelamatkan seorang lelaki bernama Tesshin Asano yang diserang oleh anggota AIM yang dilengkapi dengan alat cloaking dan senjata pemusnah logam. Asano memberitahu Wolverine tentang kekasihnya yang hilang, Mariko Yashida, dan organisasi jahat Kuzuryu yang dipimpin oleh ayahnya, Shingen. Ini termasuk rancangan Shingen untuk mengahwinkan Mariko dengan seorang lelaki bernama Hideki Kurohagi bagi memperluaskan operasinya.

Demi mencari Mariko yang diculik dari New York setahun yang lalu, Logan terbang ke Tokyo dan menyelinap masuk ke rumah Yashida tetapi dikesan oleh Shingen. Setelah konco-konconya dikalahkan; Shingen mencabar Logan untuk bertarung. Logan nyaris kalahkan Shingen, tetapi ditembak dengan anak panah oleh Hideki. Dalam keadaan marah, Logan mengamuk dan mengeluarkan kuku besinya.”

Marvel Anime: Wolverine, Wolverine vs. Kikyo. - YouTube

Setelah menghabiskan siri ini, anda juga dapat melihat anime Iron Man di halaman Youtube yang sama! Pada masa yang sama, Marvel juga telah mengeluarkan permainan baru bernama Marvel’s Midnight Suns yang bersifat taktikal strategi.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Sumber – Youtube

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeMarvelwolverineyoutube
Previous Post

Pelakon watak “Mitsuhiro Ide” dari Ultraman pertama iaitu Masanari Nihei meninggal dunia

Next Post

[gamescom 2021] Siapakah musuh sebenar di The Dark Pictures Anthology: House of Ashes?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[gamescom 2021] Siapakah musuh sebenar di The Dark Pictures Anthology: House of Ashes?

[gamescom 2021] Siapakah musuh sebenar di The Dark Pictures Anthology: House of Ashes?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd