Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tomodachi Game mendapat adaptasi anime tahun depan!

Maira by Maira
November 2, 2021
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Tomodachi Game mendapat adaptasi anime tahun depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Majalah Shōnen Mingguan Kodansha keluaran ke-49 telah mendedahkan bahawa manga Tomodachi Game oleh Yuki Sato akan mendapat adaptasi anime yang akan debut pada April 2022. Akaun Twitter rasmi juga telah dibuka untuk anime itu dan ia mendedahkan pelakon, kakitangan dan visual anime tersebut.

Antara pelakon yang terlibat dalam adaptasi ini ialah:

  • Chiaki Kobayashi sebagai Yūichi Katagiri
  • Daiki Hamano sebagai Tenji Mikasa
  • Yume Miyamoto sebagai Shiho Sawaragi
  • Tomohiro Ōno sebagai Makoto Shibe
  • Satomi Amano sebagai Yutori Kokorogi

Staf yang terlibat untuk penghasilan anime ini adalah seperti berikut:

  • Hirofumi Ogura (Cells at Work!, Black Butler II) mengarahkan anime di syarikat Okuru to Noboru
  • Kenta Ihara (Saga of Tanya the Evil, Tsukimichi -Moonlit Fantasy-) menyelia dan menulis skrip siri
  • Si Man Wei (Edens Zero) dari Studio Tulip ialah pengarah seni
  • Tsukasa Ohira (No Game, No Life) dari Studio Tulip bertanggungjawab dalam art setting
  • Aiko Mizuno (Cells at Work!) ialah artis color key
  • Yomogiko Murano (Attack on Titan The Final Season, Kono Oto Tomare!: Sounds of Life) ialah pengarah compositing fotografi.
  • MICHIRU (BEM, Ascendance of a Bookworm) sebagai pengarang muzik
  • Hiroto Morishita (Higurashi: When They Cry – GOU) pengarah bunyi di Studio Mouse.

Tentang Tomodachi Game

Katagiri Yuuichi percaya bahawa kawan lebih penting daripada wang tetapi dia juga tahu kesusahan kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi. Dia bekerja keras untuk menabung demi mengikuti lawatan sekolah menengah kerana dia telah berjanji kepada empat kawan baiknya untuk pergi bersama-sama. Namun, selepas wang kelas yang dikumpul dicuri, dua kawan Yuuichi, Sawaragi Shiho dan Shibe Makoto telah disyaki wang tersebut.

Tidak lama selepas itu, mereka berlima telah diculik dan bangun di dalam bilik pelik dengan watak anime. Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka telah memasukkan mereka ke dalam sebuah “permainan persahabatan” untuk menguruskan hutang mereka yang besar. Tetapi siapakah itu dan mengapa mereka mempunyai hutang sedemikian? Mungkinkah mereka telah mencuri wang dari kelas untuk membayar kemasukan dalam permainan tersebut? Yuuichi dan kawan baiknya perlu berjaya dalam permainan psikologi yang akan menguji atau menghancurkan kepercayaan mereka terhadap satu sama lain.

Untuk liputan lain mengenai anime, anda boleh klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeTomodachi Game
Previous Post

Gundam Cafe akan ditutup sepenuhnya tahun depan!

Next Post

Nvidia RTX 3080 TI 12GB dan 3070 TI 16GB Akan Datang Pada Januari 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Next Post
Nvidia RTX 3080 TI 12GB dan 3070 TI 16GB  Akan Datang Pada Januari 2022

Nvidia RTX 3080 TI 12GB dan 3070 TI 16GB Akan Datang Pada Januari 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd