Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tom Cruise tunjuk stunt paling gila dalam video BTS Mission Impossible!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 21, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Tom Cruise tunjuk stunt paling gila dalam video BTS Mission Impossible!
Share on FacebookShare on Twitter

Tom Cruise mengusik Mission Impossible: Dead Reckoning dengan stunt paling berbahaya, di mana dia memang terkenal dengan dirinya yang tidak suka menggunakan stunt double kerana itu bukan ‘style‘ dia.

Menerusi akaun Twitter Tom Cruise, dia telah mempamerkan rakaman disebalik tabir untuk filem terbaru Mission Impossible. Seperti yang ditunjukkan dalam video, filem itu dirakam di Norway dan telah menjalani penggambaran sejak tahun 2020. Aksi yang dimaksudkan itu adalah melibatkan Tom Cruise membawa motosikal dan melompat dari tebing dan terjun ke platform yang disediakan di mana aksi itu adalah apa yang dia mahukan sejak kecil. Pelakon tersebut menyatakan bahawa penonton adalah sebab disebalik keberaniannya.

Aksi lagak ngeri itu dikatakan mengambil masa setahun untuk merancang berkenaan dengan tracking, latihan motocross yang melibatkan 13,000 lompatan, latihan asas dan 500 terjunan udara. Pengarah filem, Christopher McQuarrie menceritakan cabaran yang terlibat dengan aksi lagak ngeri berkaliber ini dan juga menunjukkan cara terbaik untuk menangkapnya adalah dengan menggunakan kanta kamera tertentu dan di mana tempat yang sesuai untuk meletakkannya. Di sebalik pengkritik Tom Cruise, sukar bagi sesiapa sahaja untuk menafikan komitmen dan dedikasi yang diperlukan untuk melakukan aksi mereka sendiri seperti ini.

Mungkin apa yang paling mendebarkan ialah bagaimana Tom Cruise menggambarkan keperluan untuk mencapai kelajuan tertentu yang diperlukan untuk melakukan aksi tanpa meter kelajuan, jadi pelakon itu perlu peka dengan kelajuan motosikal dan angin melalui badannya. Daripada video disebalik tabir ini sahaja, mungkin kita boleh anggap ia sebagai aksi lagak ngeri yang paling gila untuk Tom Cruise.

Video disebalik tabir juga mengambil masa untuk menyenaraikan krew filem luar biasa yang diperlukan untuk melakukannya, daripada jurutera kepada pereka set dan pakar filem, tiada satu pun daripadanya akan dapat dilakukan tanpa bantuan pakar. Video tersebut diakhiri dengan satu adegan yang mungkin menjadi pentunjuk dengan apa yang akan jadi dalam filem tersebut.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah:

Diarahkan oleh Christopher McQuarrie, filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 13 Julai 2023. Mission Impossible: Dead Reckoning Part 1 menampilkan barisan pelakon yang menarik seperti Tom Cruise, Hayley Atwell, Ving Rhames, Simon Pegg dan ramai lagi.

Untuk membaca liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh tekan pautan di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BTSMission ImpossibleMission Impossible: Dead Reckoning Pt 1movieTom Cruise
Previous Post

DCU buang Black Adam daripada rancangan semasa, ‘The Rock’ ceritakan hal sebenar

Next Post

Dragon Ball Super: Rumusan bab 88 kisahkan Goten & Trunks jadi Saiyaman!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Berita

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

June 26, 2025
Next Post
Dragon Ball Super: Rumusan bab 88 kisahkan Goten & Trunks jadi Saiyaman!

Dragon Ball Super: Rumusan bab 88 kisahkan Goten & Trunks jadi Saiyaman!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd