Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Revengers Akan Hadir Dengan Game Terbaharu pada Hujung Tahun 2023 di PS, Switch, PC & Mobile!

Maira by Maira
June 19, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5
0 0
0
Tokyo Revengers Akan Hadir Dengan Game Terbaharu pada Hujung Tahun 2023 di PS, Switch, PC & Mobile!

Kredit imej: Victor Entertainment, LIDENFILMS

Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo Revengers antara siri anime popular dalam komuniti anime. Dengan musim terbaharu akan ditayangkan pada bulan Oktober ini, siri ini juga akan mendapat game terbaharu! Melalui PR Times, Victor Entertainment mengumumkan bahawa Tokyo Revengers akan mendapat game aksi RPG 3D yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Ianya akan tersedia di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, PC melalui DMM Games dan peranti mobile seperti iOS dan Android.

Game ini percuma untuk dimainkan dengan mempunyai sistem mikro transaksi item-based dalam game. Tajuk rasmi serta gameplay juga masih belum didedahkan.

Dilaporkan bahawa game Tokyo Revengers ini membawa pemain untuk mengalami semula perkara yang berlaku dalam cerita utama siri, di mana mereka akan melompat menerusi masa untuk membalas dendam terhadap masa depan yang teruk.

Sumber: LIDENFILMS

Jalan-jalan di Shibuya dan watak-watak dihasilkan semula dalam bentuk 3D dengan kualiti yang tinggi. Bukan setakat itu sahaja, pelakon suara daripada anime akan kembali untuk meminjamkan suara mereka untuk watak dalam game.

Buat masa ini, game Tokyo Revengers ini akan dilancarkan di Jepun sahaja. Mungkin kalau ia mendapat perhatian ramai, ia mungkin keluar secara global pula. Jadi kita tunggu sahaja maklumat lanjut yang akan datang.

Sumber: LIDENFILMS

Tentang Tokyo Revengers

Ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ken Wakui dan diterbitkan melalui Weekly Shonen Magazine pada 2017. Manga tersebut akhirnya tamat pada November yang lalu dan menerima pelbagai reaksi daripada peminat. Selain itu, manga ini juga telah mendapat adaptasi filem live action pada 2021 dan filem keduanya akan hadir ke pawagam Jepun pada Jun ini. Siri anime musim pertama telah dilepaskan pada 2021 dan ia telah mendapat perhatian ramai peminat anime.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tokyo Revengers daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tokyo Revengers Game
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Live Action Avatar: The Last Airbender bakal ditayangkan pada sekitar 2024 di Netflix!

Next Post

Squid Game Season 2: Senarai watak yang kembali & baru muncul!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Squid Game Season 2: Senarai watak yang kembali & baru muncul!

Squid Game Season 2: Senarai watak yang kembali & baru muncul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd