Dalam sebuah temu ramah bersama media Manga Passion Germany, Sui Ishida, pelukis legenda di sebalik siri Tokyo Ghoul, tidak menganggap karyanya sebagai sukses sedangkan ia disukai oleh semua orang di seluruh dunia.

Buat mereka yang tidak tahu, Tokyo Ghoul merupakan karya paling popular oleh Sui Ishida sehingga berjaya memenangi banyak penghargaan dan anugerah penting termasuk Best Manga di Comic-Con, dinobatkan untuk Harvey Award, dan sehingga Januari 2021, telah menjual lebih 47 juta salinan.
Walaupun bukti sudah ada depan mata, Ishida masih menganggap Tokyo Ghoul tidak berjaya. Menurut beliau;
“Setakat premis, saya tidak menganggap Tokyo Ghoul sebagai sukses. Bagi saya, kejayaan adalah apabila saya melukis sesuatu yang baik. Apabila terfikir, saya sebenarnya tidak meminta untuk ia [karya] diterima dengan sangat baik dalam masyarakat atau untuk ramai orang menyukainya. Kejayaan bagi saya ialah sama ada saya boleh memuji diri sendiri atau tidak.”

Dengan jelas, Sui Ishida tidak bercakap tentang kejayaan dari segi keuntungan atau jualan. Bagi Ishida, dia merasakan Tokyo Ghoul tidak berjaya kerana cerita dan seninya amat “berkurangan”. Mungkin ramai peminat tidak setuju dengan kata-katanya tetapi itulah perasaan Ishida.
Pada masa yang sama, Ishida juga menjelaskan tentang perjuangannya untuk “berhubung dengan pembaca”, dengan mengaku bahawa dia tidak pasti jika karyanya sekarang dapat menarik minat mereka.
“Saya tidak mempunyai idea tepat tentang jenis orang yang suka membaca manga saya.”

Punca masalah itu, Ishida menjadi terlalu risau sehingga ia mempengaruhi cara lukisan buat sementara. Seperti yang anda semua tahu, cita rasa pembaca sentiasa berubah tetapi saya yakin Sui Ishida mempunyai cukup pengalaman untuk menghasilkan karya bagus yang dapat menarik minat pembaca moden.
Bagi mereka yang tidak tahu, , Tokyo Ghoul adalah siri manga fantasi gelap Jepun yang mula bersiri dalam Shueisha Weekly Young Jump dari September 2011 hingga September 2014.
Selepas kejayaan manga, ia juga menerima adaptasi anime yang dihasilkan oleh studio Pierrot (studio sama yang mencipta Naruto, Black Clover, Yu Yu Hakusho dan Bleach). Walau bagaimanapun, versi anime tidak dapat meraih kejayaan yang sama seperti manga.

Cerita ini berlatarkan versi alternatif Tokyo di mana manusia wujud bersama ghoul, makhluk yang kelihatan seperti manusia tetapi hanya boleh bertahan hidup dengan memakan daging manusia.
Protagonis, Ken Kaneki, adalah seorang pelajar kolej yang berubah menjadi half-ghoul selepas satu pertembungan bahaya. Kini, dia mesti menghadapi dunia sosial dan politik yang rumit antara manusia dan ghoul sambil berjuang untuk mengekalkan kemanusiaannya.
Sinopsis
Baca segala liputan kami tentang siri Tokyo Ghoul di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post