Diumumkan pada September yang lalu, game mobile Tokyo Ghoul: Break the Chains telah pun mendapat tarikh pelancaran rasmi! Melalui X, game tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 9 November 2023! Ia sudah tersedia untuk pra-daftar melalui App Store dan Google Play Store. Kalau anda ingin mainkannya apabila ia dilancarkan, bolehlah pra-daftar sekarang!
Pengenalan cerita Tokyo Ghoul: Break the Chains
Di Tokyo, ada makhluk yang tersembunyi dalam masyarakat yang dipanggil “ghoul”, yang merupakan pemangsa manusia. Ken Kaneki, seorang pelajar yang suka membaca, sering ke sebuah kafe yang dipanggil “Anteiku”, di mana dia telah berjumpa seorang wanita yang sebaya dengannya. Tetapi selepas berlakunya satu insiden, Kaneki kini terpaksa hidup sebagai ghoul.
Game ini mengandungi jalan penceritaan yang menunjukkan konflik antara manusia dan ghoul, maze untuk diterokai, sistem co-op yang mencabar dan pertempuran PvP serta elemen gameplay lain!
Sekarang ini sedang berjalannya kempen pendaftaran untuk game yang akan memberikan pelbagai item berguna untuk semua pemain gunakan dalam game! Berikut adalah ganjaran yang boleh didapatkan jika berjaya mencapai gol kempen:
- 300,000 pemain — Stamina x100
- 500,000 pemain — Summon Ticket x3
- 800,000 pemain — Summon Ticket x5, Ken Kaneki (halaman utama)
- 1,000,000 pemain — Summon Ticket x10
- 1,500,000 pemain — Summon Ticket x10, Avatar Frame eksklusif

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk maklumat lanjut mengenainya! Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post