Detik menuju Tokyo Game Show (TGS) 2025 kini bermula secara rasmi! Akan berlangsung dari Khamis, 25 September hingga Ahad, 28 September 2025 di Makuhari Messe, acara ini dianjurkan oleh Computer Entertainment Supplier’s Association dengan sokongan daripada Nikkei BP dan Sony Music Solutions.
Tahun ini, TGS menjanjikan sambutan besar-besaran sebagai salah satu acara kemuncak dalam dunia gaming. Sebagai pembuka tirai, pihak penganjur telah melancarkan video teaser yang menampilkan visual rasmi baharu, logo yang direka semula, serta kempen hadiah yang menarik bagi meningkatkan jangkaan menjelang acara tersebut.
Video Teaser Menampilkan Visual oleh Zashiki Warashi
Video teaser rasmi TGS 2025 yang dimuat naik hari ini di YouTube Tokyo Game Show memperkenalkan visual utama tahun ini hasil karya ilustrator terkenal, Zashiki Warashi. Dikenali dengan gaya unik dan penuh butiran, Zashiki Warashi membawakan dunia rekaan yang menakjubkan di bawah tema “An endless playground where you can’t play enough.” Video tersebut memperlihatkan barisan watak baharu dengan susunan visual yang direka khas untuk mencetuskan rasa teruja.
Dalam satu kenyataan, Zashiki Warashi meluahkan keterujaannya:
“Saya sangat gembira dapat mengumumkan penglibatan saya dalam Tokyo Game Show melalui ilustrasi ini. Sebagai seseorang yang membesar dengan permainan video, ini adalah satu penghormatan besar buat saya. Saya merancang komposisi visual ini untuk membangkitkan rasa tidak sabar dan keseronokan, walaupun hanya dengan maklumat yang terhad. Saya harap anda semua teruja menantikan visual utama yang akan didedahkan tidak lama lagi.”
Logo Baharu, Simbol Era Baru

TGS 2025 turut mencipta detik penting dengan pengenalan logo rasmi yang direka semula. Logo baharu ini hadir dengan rekaan moden dan elegan, mencerminkan perubahan dunia gaming serta gabungan hiburan era baharu. Ia menjadi lambang identiti baharu TGS yang mencerminkan pandangan ke hadapan dan komitmen terhadap inovasi.
Sebagai meraikan pelancaran ini, sebuah struktur besar menampilkan logo baharu akan dipasang berhampiran lokasi acara pada hari pertama. Struktur ini bukan sahaja menjadi tarikan utama, malah menjadi lokasi bergambar ikonik untuk para pengunjung berkongsi pengalaman mereka di TGS bersama latar logo baharu tersebut.

Kempen Hadiah Menarik
Bersempena pelancaran video teaser ini, pihak TGS turut mengadakan kempen menarik di akaun rasmi X mereka. Kempen “follow & repost” akan berlangsung dari 15 hingga 31 Mei 2025, dan sepuluh pemenang bertuah akan menerima t-shirt edisi terhad khas TGS 2025. Untuk menyertai, peserta perlu:
- Mengikuti akaun rasmi Tokyo Game Show di X (@tokyo_game_show).
- Quote dan repost posting kempen yang ditetapkan.
- Menunggu pengumuman pemenang melalui mesej langsung (DM) bagi urusan penghantaran hadiah.
Syarat utama kelayakan adalah peserta perlu kekal mengikuti akaun tersebut dan memastikan repost dilakukan mengikut arahan. Pemenang akan disahkan selepas melengkapkan maklumat penghantaran mereka.
Untuk sebarang perkembangan terkini dan kandungan eksklusif menjelang bulan September, para peminat boleh mengikuti akaun X rasmi serta YouTube Tokyo Game Show.
@gamersantaimy
Discussion about this post