Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2024 Umum Senarai ‘Exhibitor’ – Info Terkini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 4, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2024 Umum Senarai ‘Exhibitor’ – Info Terkini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal diadakan di Makhari Messe dari 26 September hingga 29 September, Tokyo Game Show 2024 merupakan antara ekspo gaming terbesar di seluruh dunia. Kini CESA telah mengumumkan maklumat terbaharu tentang Tokyo Game Show 2024, termasuk senarai exhibitor – antaranya ialah Sony Interactive Entertainment, yang akan turut serta buat kali pertama sejak 2019.

Setakat 4 Julai, sebanyak 731 peserta pameran, termasuk 448 dari Jepun dan 283 dari luar negara, akan mengambil bahagian dalam Tokyo Game Show 2024. Acara ini akan diadakan pada skala terbesar dan akan menjadi tuan rumah kepada total 3,190 reruai pameran, melebihi rekod tahun lepas. Antara nama-nama besar yang bakal membuat kemunculan termasuk:

  • ANIPLEX
  • Arc System Works
  • Bandai Namco Entertainment
  • Capcom
  • Koei Tecmo Games
  • Konami Digital Entertainment
  • Nexon
  • SEGA / ATLUS
  • Sony Interactive Entertainment
  • Square Enix
  • SNK
  • Shueisha Games
  • Taipei Game Show
  • TOEI ANIMATION

Itu baru sedikit! Anda boleh lihat senarai lengkap di SINI!

Jualan Tiket untuk Pengunjung Antarabangsa

Kredit: CESA

Tiket satu hari dan tiket Supporters Club untuk pengunjung antarabangsa akan tersedia untuk dijual mulai 12:00 JST pada 25 Julai.

Disebabkan oleh peningkatan kos operasi dan pengurusan tempat, Tokyo Game Show telah mengemas kini bayaran kemasukan. Murid sekolah menengah dan kanak-kanak kecil boleh masuk secara percuma. Untuk butiran lanjut, sila lihat di bawah.

  • 28 September
    • Tiket Supporters Club – 6,000 yen
    • Tiket satu hari (Murid sekolah menengah atau lebih tua) – 3,000 yen
  • 29 September
    • Tiket Supporters Club – 6,000 yen
    • Tiket satu hari (Murid sekolah menengah atau lebih tua) – 3,000 yen

Sertai Tokyo Game Show sebagai Influencer

📢Now Recruiting “Official Influencers” to Spread News on TGS Worldwide!

“TOKYO GAME SHOW 2024 Official Influencer From Overseas” program, which will be held at TOKYO GAME SHOW 2024.

As part of this program, the selected influencers will share the latest updates about TGS2024… pic.twitter.com/1BnDXU0Y7B

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) April 16, 2024

Tokyo Game Show 2024 menjemput influencer yang memuat naik ulasan pengalaman di media sosial semasa menghadiri ekspo untuk berkongsi maklumat bersama khalayak yang lebih luas.

Prapendaftaran akan bermula pada 2 Ogos. Mereka yang layak untuk menyertai projek ini akan menjadi “Guest Influencer” yang dijemput oleh pempamer Tokyo Game Show, pejabat atau para MCN.

Pendaftar lain yang dikategorikan sebagai “General Influencer” memerlukan lebih 30,000 subscriber atau pengikut di satu sosial media atau lebih 50,000 subscriber atau pengikut untuk pelbagai media sosial mereka. General Influencer mesti memohon terlebih dahulu dan melalui proses saringan oleh Tokyo Game Show untuk menerima kelulusan.

Selected Indie 80

Kredit: CESA

Selected Indie 80 ialah projek pameran untuk pembangun game indie, yang diadakan setiap tahun di Tokyo Game Show sejak 2013, dan ansuran kali ini telah memecahkan rekod pada tahun lepas dengan jumlah 973 penyertaan pada tahun ini.

Selepas pemilihan, 80 game telah dipilih untuk dipamerkan di Selected Indie 80. Butiran lanjut akan diumumkan di laman web rasmi Tokyo Game Show pada 2 Ogos.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tokyo Game Show 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Yu-Gi-Oh! World Championship 2024 Asia Qualifier Berlangsung Di Hong Kong Pada 13 Julai 2024

Next Post

Anime ‘Guilty Gear Strive: Dual Rulers’ Akan Ditayangkan Pada 2025 – Teaser Pertama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime ‘Guilty Gear Strive: Dual Rulers’ Akan Ditayangkan Pada 2025 – Teaser Pertama

Anime 'Guilty Gear Strive: Dual Rulers' Akan Ditayangkan Pada 2025 - Teaser Pertama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd