Sepanjang sejarah anime Dragon Ball, kita sentiasa melihat studio menggunakan animasi 2-D tradisional tetapi baru-baru ini di filem Super Hero, mereka membuat keputusan untuk beralih ke animasi 3D. Memandangkan anime jenis 3D tidak begitu disenangi oleh peminat, saya faham mengapa ramai yang tidak suka semasa berita ini mula-mula diumumkan.

Nasib baik, filem Super Hero mampu mengatasi jangkaan dan menjadi antara filem Dragon Ball paling berjaya setakat ini. Beberapa hari lepas, produser daripada filem Super Hero menjelaskan secara terperinci “bagaimana peralihan 2D ke 3D dibuat”.
Ketika bermesyuarat dengan Shuiesha, Norihido Hayashida (produser) menjelaskan idea untuk menggunakan animasi CG. Namun pada ketika itu, ramai di Toei Animation yang sebenaarnya tidak suka konsep Dragon Ball menggunakan 3D. Dia bercerita:
“Ada banyak tentangan terhadap penggunaan 3D dalam Toei Animation, tetapi ada beberapa orang di pengurusan atasan yang berkata “untuk cuba”, jadi pada bulan Jun 2014 produksi untuk episod pengenalan bermula.”
“Sekitar 2016, saya dapat menunjukkannya kepada bilik Dragon Ball Shakeisha dan Toriyama-sensei buat kali pertama. Kami membuat total 4 filem pengenalan, menyemaknya setiap kali, dan memberi tanda GO.”

Hayashida juga menjelaskan secara terperinci mengenai episod pengenalan yang menggunakan animasi CG untuk Dragon Ball Super: Super Hero, kerana pengarah Tetsuro Kodama turut mencipta “episod pengenalan” sendiri untuk bantu menunjukkan kepada Akira Toriyama dan Toei Animation bagaimana filem itu akan kelihatan dalam gaya baru ini.

“Bahagian bagus untuk animasi lukisan tangan dan aksi penuh realiti unik kepada ekspresi baharu digabungkan dengan baik, dan guru memujinya. Encik Kodama ialah salah seorang daripada segelintir orang dalam industri yang telah menyelidik rupa animasi 3D buat masa yang lama, jadi saya rasa pengalaman itu digunakan dengan baik.”

Maka, dengan hasil yang ditunjukkan, semua orang di Toei Animation dan Akira Toriyama bersetuju untuk menghasilkan filem Dragon Ball Super: Super Hero dalam gaya animasi 3D. Apa pendapat korang? Suka ke dengan gaya 3D Dragon Ball? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post