Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Todak menjuarai MPL Malaysia S9, akan mewakili negara dalam MSC 2022

safwan by safwan
April 25, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, Mobile, Mobile Game
0 0
0
Todak menjuarai MPL Malaysia S9, akan mewakili negara dalam MSC 2022
Share on FacebookShare on Twitter

TODAK telah mendominasi semua perlawanan dalam kejohanan MPL Malaysia musim 9 untuk Mobile Legends: Bang Bang yang telah berlangsung di Quill City Mall. Todak muncul sebagai Juara selepas menewaskan Orange Esports dalam format best-of-seven(BO7). Dengan kemenangan ini, TODAK telah menjadi pasukan pertama yang telah menjuarai kejohanan ini dua kali dan akan mewakili negara dalam MSC 2022 bersama Orange Esports.

Semasa Regular Season, Orange Esports tidak menunjukkan prestasi yang baik berbanding pasukan lain namun nasib mereka berubah apabila mereka bermain di pusingan Playoff. Perlawanan mereka semuanya bersih tanpa kalah dan membuatkan ramai peminat MPL MY terkejut.

Kedua-dua TODAK dan Orange Esports akan mewakili Malaysia di MSC 2022, yang diadakan di Kuala Lumpur antara 11 – 19 Jun 2022. Ini adalah kali pertama negara kita, Malaysia menjadi tuan rumah kepada kejohanan serantau dan kali pertama untuk Orange Esports menyertai MSC 2022.

Berikut adalah senarai pasukan dan ahli yang akan ke MSC 2022 nanti:

  • Todak
    • 4Meyz
    • Momo
    • Yums
    • Ajiqtusok
    • Moon
    • Moyy
    • CikuGais
  • Orang Esports
    • ISonicc
    • Valenz
    • Mannn
    • Minnn
    • Lolla
    • Waff
    • Zeno

Kepada yang tidak tahu, Mobile Legends: Bang Bang telah mengumumkan bahawa Mobile Legends Southeast Asia Cup aka MSC 2022 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia bermula pada 11 hingga 19 Jun 2022 dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai USD300,000 bersamaan dengan RM1,265,490.00 untuk dimenangi.

Todak MSC 2022

MSC akan menampilkan 12 kumpulan yang akan mewakili daripada 9 negara Asia Tenggara. Negara tersebut adalah Malaysia, Indonesia, Kemboja, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Vietnam dan Thailand. 12 Kumpulan tersebut akan berlawan dalam peringkat kumpulan terlebih dahulu yang akan diadakan pada 11 hingga 12 Jun 2022. Hanya 8 pasukan yang akan mara, di mana 2 pasukan terbaik akan mara untuk pusingan Playoff.

Berikut adalah serba sedikit tentang MSC:

Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia yang sering dipanggil MSC ialah kejohanan esukan tahunan untuk mobile game MOBA iaitu Mobile Legends: Bang Bang di Asia Tenggara. Kejohanan ini terdiri daripada pasukan berbeza dari negara berbeza di Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, dan Singapura (sejak 2017), Vietnam dan Myanmar (sejak 2018), Kemboja dan Laos (sejak 2019).

Menurut Wikipedia

Mari kita sama-sama menyokong pasukan Malaysia, Todak dan Orang Esports yang akan menyertai kejohanan MSC 2022 nanti. Majulah Esukan untuk negara. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Mobile Legends, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Legends: Bang Bang
Previous Post

Game yang tidak update 2 tahun di App Store akan terus dibuang [Khabar angin]

Next Post

Trailer rasmi anime Arknights [Prelude to Dawn] telah didedahkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Trailer rasmi anime Arknights [Prelude to Dawn] telah didedahkan!

Trailer rasmi anime Arknights [Prelude to Dawn] telah didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd