Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tingkatkan pengalaman gaming bersama Apple Arcade & Apple Music – untuk pengguna iOS

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2022
in Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Tingkatkan pengalaman gaming bersama Apple Arcade & Apple Music – untuk pengguna iOS
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mana-mana pengguna Apple iOS yang bosan dan tidak tahu apa nak buat, saya sarankan satu cara berkesan untuk meluangkan masa iaitu: bermain game. Saya tahu ada yang rasa “mobile gaming itu bosan” tetapi bagaimana jika saya kata yang “Apple sebenarnya menyediakan pelbagai pilihan menarik yang hampir setanding PC dan konsol?” Di sini, saya memperkenalkan Apple Arcade dan Apple Music.

Biar saya jelaskan satu-satu.

Apple Arcade

Sama seperti namanya, Apple Arcade adalah platform langganan berasaskan game di mana kita boleh bermain apa sahaja yang ditawarkan tanpa iklan dan mikrotransaksi.

Saya sudah melanggan Apple Arcade selama setahun lebih, dan sejujurnya, amat memang puas hati dengan servis yang mereka beri. Pilihan Apple Arcade diisi pelbagai jenis game termasuk jenis kasual untuk main beramai-ramai seperti SongPop Party, hingga ke game yang grafiknya umpama konsol, seperti Gear Club Stradale dan Fantasian.

Penjelasan saya mungkin kelihatan “over” tetapi saya sendiri terkejut semasa bermain Fantasian dan tidak sangka bahawa game secantik itu wujud di telefon pintar. Grafiknya mungkin tidak kaw-kaw hebat seperti PS5 atau Xbox Series X, tapi cuba korang bayangkan game JRPG bagus dari era PS2. Bezanya, kita bermain di telefon atau tablet.

Game dah sesuai untuk konsol tapi takkan kita main di telefon saja kan. Mujurlah korang tidak perlu risau kerana semua peranti iOS boleh menyokong controller jenis bluetooth seperti Dualshock 4.

Game sudah ada, controller pun lengkap tetapi seronok ke bermain di skrin kecil?

Muncul lah peranti Apple TV 4K. Nak pakai pun mudah – korang cuma perlu pasangkan ke monitor HDMI atau TV dan kita ada konsol Apple gaming untuk cuba. Selepas korang “sync” akaun Apple ke peranti, kemajuan dalam setiap game akan dikongsi antara phone dan TV.

Apple Music

Walaupun Apple Music mempunyai banyak pilihan lagu dari inggeris, melayu dan sebagainya, korang jangan terlupa pula tentang koleksi muzik gaming, yang dipersembahkan dalam format muzik Lossless untuk kualiti maksimum.

Jika dipasangkan dengan headphone bagus seperti airpod (3rd Generation), kualiti bunyi memang tip-top. Berganding pula dengan teknologi “head tracking”, pengalaman mendengar muzik kita terus berganda ke tahap baru.

Mungkin ada yang tertanya – “Apa yang ciri head tracking boleh lakukan?” Jangan risau. Saya jelaskan dalam cara paling mudah.

Pendek cerita, tahap intensiti lagu akan berubah bergantung pada kedudukan kepala kita. Dengan menggerakkan kepala, anda boleh mendengar sesuatu vokal dengan lebih jelas arah tertentu. Ini diaplikasikan kepada semua jenis bunyi termasuk gitar, piano, melodi dan lain-lain.

Jika korang biasa memakai headphone sambil menaiki LRT, ini adalah cara yang bagus untuk menghayati suasana. Secara keseluruhan, macam-macam yang Apple Music tawarkan – korang hanya perlu cuba sahaja.

Apple One

Dengan pakej Apple One, korang akan mendapat Arcade, Music serta Apple TV+ dengan harga bermula RM33.90, serta ciri-ciri lain seperti iCloud storage dan keupayaan untuk berkongsi dengan (sehingga) 5 akaun berbeza. Harga yang sangat mampu milik sedangkan kita menerima pelbagai perkhidmatan.

Andai kata korang hanya ingin menggunakan salah satu daripada perkhidmatan di atas, anda juga boleh mendapatkannya secara berasingan pada harga RM14.90. Berubah fikiran? Korang upgrade je pelan ini pada masa akan datang. Semudah ABC!

Untuk segala liputan kami tentang Apple, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: appleApple ArcadeApple MusiciOS
Previous Post

Amuro kembali dalam Gundam: Cucuruz Doan’s Island – Info baharu tentang visual didedahkan

Next Post

Genshin Impact GeForce Bundle: Tebus ganjaran eksklusif sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact GeForce Bundle: Tebus ganjaran eksklusif sekarang!

Genshin Impact GeForce Bundle: Tebus ganjaran eksklusif sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd