Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket ‘The First Slam Dunk’ dijual sekarang! Akan tiba di GSC Malaysia pada 23 Feb!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 16, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Tiket ‘The First Slam Dunk’ dijual sekarang! Akan tiba di GSC Malaysia pada 23 Feb!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas selesainya ‘fan screening‘ pada minggu lepas, GSC akhirnya membuka jualan tiket untuk tayangan umum The First Slam Dunk, filem anime baharu berdasarkan manga bola keranjang Slam Dunk oleh Takehiko Inoue, yang bakal ditayangkan di Malaysia bermula 23 Februari!

Bagi para peminat, korang berpeluang mendapatkan barangan eksklusif dengan pembelian setiap 2 tiket di semua lokasi GSCinemas! Ingat; syaratnya ‘first come first serve, jadi belilah tiket ‘The First Slam Dunk’ sementara stok masih ada. Antara barangan yang ditawarkan adalah:

  • 1x visual card
  • 1x character card set (5 design berbeza)
  • 1x A2 poster
  • 1x hologram can badge (1 badge dipilih secara rawak daripada 5 design)

Saya tahu ramai peminat tidak sabar untuk melihat gelagat Hanamichi Sakuragi, tapi jangan risau – anda tidak perlu menunggu lama!

Bagi aspek produksi, pencipta Takehiko Inoue sendiri mengarahkan filem itu di Toei Animation dan menulis skripnya. Pada masa yang sama, ini bukan filem 2D biasa kerana Toei memutuskan untuk menghasilkan filem ini dalam gaya 3DCG di mana Daiki Nakazawa dan Yuta Ogura akan menguruskan bahagian CG.

Filem ini menampilkan:

  • Shugo Nakamura sebagai Ryota Miyagi
  • Jun Kasama sebagai Hisashi Mitsui
  • Shin’ichirō Kamio sebagai Kaede Rukawa
  • Subaru Kimura sebagai Hanamichi Sakuragi
  • Kenta Miyake sebagai Takenori Akagi

Manga Slam Dunk mula diterbitkan pada tahun 1990 oleh Takehiko Inoue dan berlangsung hingga tahun 1996. Manga itu kemudian diadaptasi kepada siri anime oleh Toei Animation dan disiarkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia begitu popular sehingga menjadi siri manga ke-7 paling laris dalam sejarah.

Sinopsis:

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan populariti, lalu menjadi ketua kepada sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati Haruko tidak takut kepada Sakuragi.

Haruko kemudian memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya, Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan bola keranjang. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang “loser” ( kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang).

Walaupun tidak matang dan amat panas baran, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atilt berpotensi dalam sukan berkenaan (kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede – musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP bola keranjang, dan Miyagi Ryota, pemain pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama dengan kapten pasukan Shohoku, Akagi Takenori, berusaha untuk menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Untuk segala liputan kami tentang Slam Dunk, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemGSCThe First Slam Dunk
Previous Post

Katalog game PS Plus bertambah – Horizon Forbidden West, RE7, Scarlet Nexus & banyak lagi!

Next Post

Valiant Force 2 Kini Tersedia Untuk iOS dan Android! Download Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Valiant Force 2 Kini Tersedia Untuk iOS dan Android! Download Sekarang!

Valiant Force 2 Kini Tersedia Untuk iOS dan Android! Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd