Berita gembira untuk peminat Ultra di Malaysia kerana hari ini TGV Cinemas mengumumkan bahawa filem Ultraman Blazar The Movie: Tokyo Kaiju Showdown akan mengadakan fan screening istimewa pada 15 Jun!
Tiket untuk fan screening Ultraman Blazar The Movie kini dijual pada harga RM55 untuk penonton biasa (RM50 untuk ahli Movieclub), dan seperti saya kata tadi, filem ini akan ditayangkan pada hari Sabtu, 15 Jun 2024, 3PM, hanya di TGV Sunway Pyramid!

Bukan itu sahaja, mereka yang membeli tiket fan screening akan menerima pelbagai goodies istimewa dan peluang untuk berjumpa Kapten Gento secara berdepan. Berikut adalah bonusnya:
- Peluang berjumpa Captain Gento lakonan Tomoya Warabino
- Kemeja T eksklusif Ultraman Blazar The Movie
- Poster rasmi (saiz A3)
- Metal Box rasmi (diimport dari Jepun)

Bagi mereka yang kurang tahu, Ultraman Blazar The Movie: Tokyo Kaiju Showdown ialah filem tokusatsu Jepun yang berlangsung selepas Ultraman Blazar. Dibintangi oleh Tomoya Warabino, Himena Tsukimiya, Konomi Naito, Hayate Kajihara, Yuki Ito, Kisuke Iida, Shinya Okamoto, Haru Iwakawa, Ritsuto Morishima, dan banyak lagi, filem ini sudah pun ditayangkan di Jepun.
Sinopsis
Segerombolan kaiju muncul dari zon perindustrian, yang memaksa Special Kaiju Reaction Detachment (SKaRD) diketuai oleh Captain Gento untuk terlibat dalam pertarungan tanpa henti. Namun di sebalik usaha mereka, serangan kaiju yang tidak berkesudahan berterusan.
Mengesyaki kes ini mempunyai kaitan bersama Necromass Co., sebuah syarikat kimia termaju yang menyelidik bangkai kaiju dan memiliki kilang di zon perindustrian, SKaRD bergegas ke CEO syarikat dan ahli kimia terkenal, Dr. Mabuse.
Di fasiliti penyelidikan Necromass Co., Dr. Mabuse menerangkan perkembangan damudoxin, bahan yang dapat mencapai hidup abadi. Sementara itu, “Damunos,” yang mendakwa diri sebagai “raja alam semesta” muncul! Kekacauan berlaku apabila damudoxin bocor dari tangki yang musnah, memakan sampel bangkai kaiju dan melahirkan Kaiju gergasi, Gongilgan.
Terletak di Tokyo, ibu negara Jepun, Ultraman Blazar dan SKaRD bertembung dalam pertarungan menentang kaiju gergasi!
@gamersantaimy
Discussion about this post