Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket “Fan Screening” ONE PIECE FILM: RED di GSC bermula 12 Ogos jam 12 PM! Harga bermula RM 60!

Maira by Maira
August 11, 2022 - Updated on August 25, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Tiket “Fan Screening” ONE PIECE FILM: RED di GSC bermula 12 Ogos jam 12 PM! Harga bermula RM 60!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama tunggu, akhirnya GSC mengumumkan tarikh bermulanya tiket tayangan Fan Screening untuk One Piece Film: Red! Tiket tersebut akan tersedia bermula 12 Ogos melalui aplikasi dan laman web GSC. Seperti biasa setiap pembelian tiket fan screening akan datang dengan pelbagai item bonus untuk anda! Jom kita lihat apa yang tersedia dengan tiket tayangan One Piece Film: Red.

Untuk RM 240, anda boleh mendapatkan:

  • Acrylic Stand (10 Watak)
  • T- Shirt x1
  • Kad Karakter daripada Jepun x 2
  • Hologram Can Badge (3 design) x1
  • A2 Poster A x1
  • A2 Poster B x1

Untuk RM 120, anda boleh mendapatkan:

  • T-shirt x1
  • Hologram Can Badge (3 design) x1
  • A2 Poster A x1
  • A2 Poster B x1
  • Kad Karakter daripada Jepun x1

Berkenaan fan screening, ONE PIECE FILM RED akan ditayangkan di pawagam GSC Paradigm Mall PJ, Malaysia. Sedikit berbeza daripada dahulu yang biasanya ditayangkan di Mid Valley.

[UPDATE #1]

GSC Cinemas telah menambah lokasi baru untuk tiket berharga RM 120 untuk tarikh 11 September 2022, hari Ahad. Lokasinya adalah seperti berikut:

  • GSC IOI City Mall
  • GSC Mid Valley
  • GSC 1 Utama
  • GSC Mytown
  • GSC Gurney Plaza
  • GSC Southkey JB

🏴☠️Hooray! The #OnePieceFilmRed fan screenings now set sail to more GSC locations!

What you'll get for RM 60:
– Exclusive A2 Poster
– Hologram Can Badge set

Advance tickets will be available from Friday 26 Aug @ 12pm onwards! 🏴☠️ pic.twitter.com/y8cXmPnFIC

— GSC (@GSCinemas) August 25, 2022

[UPDATE #2]

GSC telah menambah satu lagi tiket fan screening yang berharga RM60 untuk tarikh 17 September (Sabtu) dan 18 September (Ahad). Tiket akan mula dijual pada 26 Ogos jam 12 petang. Anda akan mendapat item seperti berikut:

  • A2 Poster x1
  • Hologram Can Badge (3 design) x1

Lokasinya adalah seperti berikut:

  • GSC Mid Valley
  • GSC IOI City Mall
  • GSC 1 Utama
  • GSC Gurmey Plaza
  • GSC Paradigm JB
  • GSC East Coast Mall
  • GSC AEON Melaka
  • GSC Ipoh Parade
  • GSC Aman Central
Tiket One Piece Red

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui filem One Piece: Red, ia telah diumumkan pada tahun 2021 dengan menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos 2022. Berikut adalah sinopsis ONE PIECE FILM RED:

Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.

Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks.

Menurut Shinji Shimizu (penerbit anime One Piece), One Piece FILM RED amat berbeza daripada filem One Piece dan dibuat dengan gabungan 2D dan 3D CGI. Walaupun animasi utama akan dihasilkan secara 2D tetapi beberapa babak akan dibuat secara CGI 3D untuk memberi lebih impak. Mesti anda juga tidak sabar untuk menontonnya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GSC CinemasOne Piece FILM: RED
Previous Post

Review F1 22 – Tahap realisme berganda, seperti lumba di litar sebenar

Next Post

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

Walinong Sari - Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd