UPDATE: Tiket Ant-Man and The Wasp: Quantumania kini sudah mula dijual di GSC dan TGV! Buat mereka yang ingin menonton versi fan screening, kedua-dua pihak menyediakan tawaran IMAX dengan pakej masing-masing di pawagam khusus. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi GSC atau TGV!
Artikel original adalah seperti berikut:
Ant-Man and the Wasp: Quantumania bakal menggegarkan dunia adiwira sebagai menjadi filem pertama dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase 5. Bakal ditayangkan pada 16 Februari, kami ada berita baik buat peminat Marvel yang tidak sabar kerana anda boleh memesan tiket Ant-Man and The Wasp: Quantumania secara dalam talian bermula 8 Februari 2023 12PM melalui GSC dan TGV!
Sinopsis:
Selepas peristiwa “Avengers: Infinity War” dan “Avengers: Endgame,” Scott Lang (Paul Rudd) dan Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) kembali meneruskan pengembaraan superhero mereka sebagai Ant-Man dan The Wasp.
Bersama dengan ibu bapa Hope – Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas), serta anak perempuan Scott – Cassie Lang (Kathryn Newton), seluruh keluarga mendapati diri mereka terperangkap di Quantum Realm, dan berjumpa dengan makhluk yang unik dan pelik.
Maka, mula sebuah pengembaraan yang memaksa masing-masing melampaui batas fikiran sambil menghadapi Kang the Conqueror, ancaman terbaharu selepas Thanos.
Diarahkan oleh Peyton Reed dan diterbitkan oleh Kevin Feige, dan Stephen Broussard, Ant-Man and The Wasp: Quantumania juga membintangi Jonathan Majors sebagai Kang, David Dastmalchian sebagai Veb, Katy O’Brian sebagai Jentorra, William Jackson Harper sebagai Quaz dan Bill Murray sebagai Lord Krylar.
Watak-watak utama:
- Scott Lang / Ant-Man
- Seorang Avenger dan bekas penjenayah kecil dengan sut yang membolehkan dia mengecil atau membesar sambil meningkatkan kekuatan. Selepas peristiwa Avengers: Endgame (2019), Lang telah menjadi seorang selebriti terkenal, serta pengarang buku autobiografi bertajuk Look Out for the Little Guy, yang menceritakan cara dia membantu menyelamatkan alam semesta daripada Thanos.
- Hope van Dyne / Wasp
- Anak perempuan kepada Hank Pym dan Janet van Dyne yang menerima sut Wasp daripada ibunya. Dia berkhidmat sebagai ketua Pym van Dyne Foundation, yang menggunakan Pym Particles untuk tujuan kemanusiaan.
- Kang the Conqueror
- “Musuh yang boleh mengembara pelbagai masa di pelbagai alam.” Dia terperangkap dalam Quantum Realm, dan memerlukan Pym Particles untuk menghidupkan kapalnya supaya dapat pergi ke mana-mana dan pada bila-bila masa.
- Cassie Lang
- Anak perempuan Scott Lang yang berusia 18 tahun. Dia memperoleh sut yang lebih kurang sama seperti bapanya. Sangat bijak, dia berminat dengan buku nota lama Pym yang menjelaskan lebih lanjut tentang sains dan teknologi dari Quantum Realm.

Sekali lagi saya ingatkan, Ant-Man and The Wasp: Quantumania akan mula ditayangkan di Malaysia pada 16 Februari manakala tiket akan mula dijual pada 8 Februari 12PM di GSC dan TGV.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Ant-Man termasuk filem, komik dan game, sila tekan pautan ini. Kami juga menyediakan trivia dan fakta ringkas tentang antagonis terbaru – Kang the Conqueror, yang korang boleh baca di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post