Makin lama makin ramai pemain game Malaysia yang makin gempak makin menonjol untuk dunia eSports. Mesti korang tahu salah satu nya nak jadi yang terkenal adalah dengan streaming kan? Macam sebelum ini, kitorang pernah mengongsikan 5 streamer yang korang boleh tonton waktu bulan Ramadhan haritu, kalini kita memperkenalkan streamer yang agak menggoda peminat dengan kehebatan mereka dalam permainan dan tarikan mereka kepada penonton!
Team Bosskur – Facebook

Makin lama makin gempak, walaupun ada naik turun pasukan Bosssssskuuurrr yang peghhhh ni, mereka tetap kukuh dan akhirnya memilih perjalanan Shopee x Team Bosskurr untuk perjalanan hidup. Orang kuat bagi Team Bosskurr dan mempunyai pengikut-pengikut yang terlalu ramai di Facebook, serta Livestream mereka yang sentiasa lebih dari 1000 tontonan sehingga mencecah berpuluh puluh ribu , antaranya adalah Fredo, Logan, Soloz, Daddy Hood, Grippex, Rush dan Penjahat .Mereka memang sangat lah pro terutama untuk permainan Mobile Legends Bang Bang dan PUBG Mobile!
Kini semua orang nak merebut mereka…. tapi jangan lah terlalu tarik tali, Team Bosskurr ada pendirian mereka sendiri untuk meneruskan kerjaya okay!
Apa lagi? Kasi follow mereka semua dan meriahkan lagi Facebook page diorang okay!
Bobby San (Zahiril Adzim) – Facebook, Youtube

Haaaa kan dah bagitahu mesti korang akan kenal siapa ni kan?? Zahiril Adzim atau pun Daim ehhhh tu dalam cerita Juvana ye, nama IGN nya adalah Bobby San. Seorang artis dan kini menjadi streamer. Seorang yang pandai membahagi masa dalam dunia hiburannya dan keluarga. Menjadi terminat secara tiba-tiba dalam dunia gaming, kini dia antara salah seorang streamer yang tak dilekang peminat. Dengan pengikut di Facebook sebanyak 91,000 orang, dan pengikut di Youtube sebanyak 42,963 orang, memang makin bertambah peminatnya kerana dia bukan seorang yang sombong dan menunjukkan minatnya untuk orang ramai gembira.
“Psttt.. Min teringin nak temu ramah Bobby San laa, agak-agak boleh tak?”
Okay korang boleh tekan nama dia kat atas untuk ke link media sosial Bobby San untuk mengikutinya ok!
Iera Tajudin – Facebook

Awek yang tip top cun gitchueee dan obses (kemungkinan.. gurau ok gurau) terhadap PUBG Mobile. Mempunyai pengikut sebanyak 42,000 di Facebook page nya, serta live stream nya yang mencecah beribu-ribu ini, sudah pastinya ramai lelaki sanggup beratur melihat kehebatannya dalam bermain PUBG Mobile. Tapi yang bagusnya Iera ni bukan lah menggunakan rupanya semata-mata untuk tarik peminat, yang penting skill dalam permainan nya itu yang membuatkan makin ramai pengikutnya!
Jadi mana yang nak kongsi pengalaman atau nak tanya pelbagai soalan kepada Iera, boleh la ikuti nya di Facebook ok!
Okay sampai kat sini je celoteh mek Cekodok Doyan okay. Nanti ada kelapangan saya kongsikan lagi streamer-streamer Malaysia yang korang boleh ikuti. Andai kata nak kongsikan kat kami streamer-streamer lain pun boleh nanti boleh kami huraikannya dalam artikel kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post