Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tidak selamat untuk kanak-kanak, Roblox dituduh menyembunyikan pedofil & mempromosikan aktiviti judi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2021
in Artikel, Berita, Game Online, Mobile, Multiplayer, PC
0 0
0
Tidak selamat untuk kanak-kanak, Roblox dituduh menyembunyikan pedofil & mempromosikan aktiviti judi
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang wartawan bernama Quintin Smith dari People Make Games telah memuat naik video YouTube yang menuduh game Roblox tidak selamat untuk kanak-kanak kerana mempromosikan aktiviti judi tanpa segan silu dan juga menyembunyikan pedofil.

Pertama sekali, People Make Games menuduh Roblox kerana tidak mempunyai alatan moderator yang cukup untuk kedua-dua pihak pengguna dan di dalam sistem permainan. Beberapa game bermasalah yang melanggar syarat perkhidmatan Roblox didapati masih ada di platform tersebut untuk tempoh waktu yang agak lama manakala pengguna yang dikenakan “Ban” dengan mudah dapat mencari cara baru untuk masuk balik ke Roblox demi teruskan perbuatan jahat mereka.

The 10 Best Roblox Games to play in 2021 | Action, Anime, Horror, and more  | VG247

Smith menemu bual seorang gadis berusia 12 tahun bernama Sarah (bukan nama sebenar) yang mula bekerjasama dengan seorang developer bagi game fan-made Sonic bernama Doc (yang berusia 24 tahun pada masa itu). Malangnya, kerjasama itu segera bertukar kepada aktiviti “sexting”. Sarah mengambil masa bertahun-tahun untuk memahami hakikat bahawa tingkah laku ini dianggap sebagai pedofilia, dan apabila dia akhirnya mendedahkan kepada pihak umum, ramai dalam komuniti Doc menyerangnya kerana baru bersuara.

Sudah tentu, Doc menafikan tuduhan pedofilia ini dalam sebuah temu bual dengan Smith tetapi Roblox akhirnya mengenakan “ban” ke atas Doc selepas beberapa screenshot menunjukkan sifat sebenarnya. Anehnya, Doc masih mengekalkan hak pengewangan dan kawalan kreatif penuh ke atas game Sonicnya walaupun dikenakan ban.

Purchase and Trade Multiple Copies of Limited Items Today - Roblox Blog

People Make Games kemudian menyalahkan Collectible Market dalam Roblox yang merupakan pasaran untuk barang kosmetik mahal di mana kanak-kanak boleh berjudi. Beberapa item di Collectible Market boleh dijual sehingga beribu-ribu dolar dan kadangkala, harganya boleh mencecah setaraf nilai sebuah kereta kecil. Bukan itu sahaja, Roblox juga menyediakan sejenis carta yang mencatatkan peningkatan harga setiap item, dan secara tidak langsung, ini menggalakan pemain muda untuk menganggap Collectible Market sebagai pasaran saham.

Ramai yang menuduh Roblox kerana gila profit dan bagi mereka yang tidak tahu, nilai game tersebut kini diukur kira-kira $38 bilion dengan lebih 150 juta pengguna setiap bulan buat masa ini. Apa pendapat anda? Adakah Roblox benar-benar tidak selamat untuk kanak-kanak? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kanak-kanakkeselamatanPeople Make GamesRoblox
Previous Post

Restoran Jepun memberikan sushi roll percuma! Syaratnya, anda perlu ada Itto dalam akaun Genshin Impact!

Next Post

GTA Online: The Contract sudah tersedia untuk dimainkan! Muzik Dr. Dre pon ada!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
GTA Online: The Contract sudah tersedia untuk dimainkan! Muzik Dr. Dre pon ada!

GTA Online: The Contract sudah tersedia untuk dimainkan! Muzik Dr. Dre pon ada!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd