Weekly Shonen Jump masih adalah majalah manga paling popular di Jepun, tetapi pada tahun 2021, nampaknya penjualan majalah telah turun secara mendadak akibat beberapa isu.
Secara lebih khusus lagi -sepanjang tahun fiskal 2021 (dari Oktober 2020 hingga September 2021), Weekly Shonen Jump telah menjual purata sebanyak 1,422,766 salinan setiap minggu. Walaupun jumlah ini boleh dianggap sangat tinggi, majalah itu sebenarnya telah menjual sebanyak (anggaran kasar) 1,559,000 salian pada setiap minggu sepanjang tahun 2020.

Jumlah jualan pada tahun 2021 berada pada tahap terendah antara bulan Julai dan September, di mana majalah ini jatuh kepada nilai 1,371,818. Yang paling tinggi dicecah oleh Weekly Shonen Jump adalah pada tahun 1995, di mana majalah tersebut menjual sebanyak 6.53 juta salinan setiap minggu.
Walaupun jumlahnya tidak begitu ketara seperti Weekly Shonen Jump, Weekly Shonen Magazine dan Weekly Shonen Sunday mengalami situasi penurunan yang lebih kurang sama. Jumlah edaran Weekly Shonen Magazine turun daripada 610,661 setiap minggu pada 2020 kepada 530,326 setiap minggu pada 2021, manakala Weekly Shonen Sunday turun daripada 227,979 setiap minggu kepada 198,542 setiap minggu, yang merupakan jumlah paling rendah dalam sejarah majalah tersebut.


Secara am, situasi ini berlaku kerana banyak manga popular Shonen Jump telah tamat pada tahun 2020 dan mereka tidak berjaya mencari pengganti yang mempunyai potensi cerah. Pada tahun 2020, pembaca telah menyaksikan kesimpulan untuk manga bola tampar popular Haikyuu, Chainsaw Man yang menamatkan Part 1, dan paling terkenal sekali, Kimetsu no Yaiba atau nama inggerisnya Demon Slayer.
Buat masa ini, kita masih ada My Hero Academia, Dr. Stone dan juga One Piece yang masing-masing sedang mendekati finale, jadi ini menambah lebih banyak tekanan kepada Shueisha untuk mencari pengganti bagi setiap satu.
Selain itu, jualan majalah manga yang berjenis fizikal juga menurun kepada ada peningkatan permintaan untuk manga digital. Tetapi itu bukan isu besar kerana Shueisha sudah membina tapak kukuh dengan perkhidmatan Shonen Jump+, yang kini mempunyai pembaca mingguan aktif kira-kira sebanyak 2.5 juta pengguna.
Apa pendapat anda tentang kes penjualan Shonen Jump yang semakin menurun? Adakah korang pun sedih sebab tidak ada lagi manga baru yang sama hebat cam pendahulunya? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Sumber – JMPA, Crunchyroll
@gamersantaimy
Discussion about this post