Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiada Game Baharu Daripada “Francais Utama” PlayStation Sehingga 31 Mac 2025 — Menurut Sony Interactive Entertainment

Maira by Maira
February 15, 2024
in Artikel, Berita, Game, PS4, PS5
0 0
0
Tiada Game Baharu Daripada “Francais Utama” PlayStation Sehingga 31 Mac 2025 — Menurut Sony Interactive Entertainment
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya francais-francais besar PlayStation tidak akan melancarkan game baharu untuk tahun ini, bermula 1 April 2024 sehinggalah 31 Mac 2025. Perkara ini telah pun didedahkan oleh president Sony Group, ketua pegawai operasi dan ketua pegawai kewangan, Hiroki Totoki dalam persidangan pendapatan Q3 2023 syarikat itu.

PlayStation
Sumber: PlayStation

“Mengenai perisian first-party, kami menyasarkan untuk terus menumpukan pada menghasilkan karya berkualiti tinggi dan membangunkan game live service,”

“Tetapi sementara projek-projek utama sedang dalam pembangunan, kami tidak bercadang untuk mengeluarkan mana-mana tajuk francais utama yang sedia ada pada tahun fiskal hadapan seperti God of War Ragnarok dan Marvel’s Spider-Man 2.”

PlayStation
Sumber: Santa Monica Studio

Tidak disangkal bahawa kedua-dua tajuk tersebut sememangnya game eksklusif first-party yang besar pada platform tersebut. Walaupun begitu, kita sedia maklum terdapat game eksklusif lain yang bakal dilepaskan pada tahun ini, seperti Until Dawn remaster yang telah diumumkan semasa State of Play 2024. Mungkin akan ada lebih banyak IP baharu yang akan diperkenalkan nanti sepanjang tahun ini.

PlayStation
Sumber: Marvel

Presiden Totoki turut menambah bahawa keuntungan daripada software first-party akan berkurangan disebabkan penurunan dalam jualan. Ia agak logik memandangkan barisan game blockbuster first-party PlayStation sering menjadi pilihan buat pemain-pemain konsol itu.

Selain itu, kita juga didedahkan bahawa konsol PS5 telah pun memasuki separuh daripada kitaran hidupnya. Percaya atau tidak, konsol itu sudah pun berusia lima tahun. Tetapi disebabkan PS5 susah untuk didapatkan selama dua tahun, pasti ramai yang merasakan konsol itu masih baru. PS5 Slim juga sudah memasuki pasaran dengan lebih meluas, dengan kehadirannya di Malaysia pada 20 Februari ini.

Nampaknya kita perlu tunggu sahaja sebarang kejutan yang akan dibawa Sony Interactive Entertainment sepanjang tahun ini. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstationSony Interactive Entertainment
ShareTweetSend
Previous Post

Manga Romcom Lain Pencipta Rent-A-Girlfriend “The Shiunji Family Children” Sah Dapat Anime!

Next Post

Diablo IV akan Tersedia di Xbox Game Pass Pada 28 Mac Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Diablo IV akan Tersedia di Xbox Game Pass Pada 28 Mac Ini!

Diablo IV akan Tersedia di Xbox Game Pass Pada 28 Mac Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd