Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Thursday Streamer: This Week – NeverOne

Silver Shroud by Silver Shroud
May 31, 2018
in Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
Thursday Streamer: This Week – NeverOne
Share on FacebookShare on Twitter

Korang, kita kembali lagi dengan Thursday Streamer, dan kali ini, aku nak kenalkan korang dengan akak idola dalam dunia League of Legends Malaysia, sangat terkenal dengan nama ‘NeverOne’. Orangnya chubby, comel, dan paling penting, ramai suka akan personalitinya. Nak tahu ‘NeverOne’ dengan lebih lanjut? Jom follow entri Thursday Streamer minggu ini!

 

Nama penuh ‘NeverOne’ adalah Ameerah binti Idros. Menggunakan ‘NeverOne’ sebagai gamer tag. Tarikh lahir dia adalah 2 April 1992 dan dilahirkan di Kelantan, tetapi dibesarkan di Shah Alam. Sekarang, umur ‘NeverOne’ adalah 26 Tahun. Jadi, tanpa melengahkan masa, jom baca apa yang kami borakkan.

Q: Permulaan Meera dalam dunia Streaming dan juga gaming. Game pertama yang membuatkan Meera terpikat dengan dunia gaming.

A: Saya bermula streaming 2 tahun lepas sekadar suka-suka saja. Sebab saya minat untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang lain dalam dunia gaming. Dan game pertama yang tarik meera untuk bermain online game ni, HighStreet5. Dia game menari dan sosial. Meera tertarik dengan game-game macam tu sebab boleh buat ramai kawan. Meera ni seorang jenis yang suka buat kawan. So game HS5, STEPS, XDO dan MStar antara game2 yang meera banyak habiskan masa dulu sebelum berjinak dengan game MOBA dan FPS.

Q: Bolehkah cerita secara ringas tentang karier Meera sekarang? Adakah berkaitan dengan dunia gaming, ataupun sebaliknya?

A: Sekarang ni meera bekerja di Battle Arena Malaysia. Battle Arena Malaysia merupakan salah satu arena terbesar di Malaysia buat masa ini yang terletak di Tingkat 5 Jaya Shopping Mall. Kalau jawapan macam tu dah semestinya masih lagi terlibat dengan dunia gaming tapi melebihkan fokus kepada marketing dan juga events. Kalau ada berminat nak datang sini meh ler xD

Q: Halangan dan cabaran meera dalam menceburkan diri dalam dunia Streamer/ influencer? Pandangan ahli keluarga, terutama ibu dan bapa dan juga rakan rakan?

A: Alhamdulillah semua kawan meera semua sokong meera dalam ceburi dunia streaming ni. Banyak yang tolong bagi idea sana sini untuk buat stream lebih menarik. Akan tetapi ahli keluarga dulu agak tidak yakin dengan keputusan meera menceburi streaming ni. Pada mereka dulu, ia dianggap macam buang masa. Tak memberi manfaat sampai lah meera bekerjasama dengan Fundeavour, dari situ mereka baru nampak ada jalan. Cuma ia akan mengambil masa lebih lama untuk daki dan jadi yang terbaik.

Q: Apakah motivasi meera untuk meneruskan apa yang meera minat?

A: Antara motivasi terbesar adalah disebabkan follower2 meera yang sentiasa setia menonton. Bunyi agak cliche, tapi itu yang membuat meera sentiasa cuba sedaya upaya setiap malam untuk teruskan stream 🙂

Q: Kecaman dan juga tomahan? Bagaimana meera overcome? Dan jenis-jenis kecaman yang meera pernah kena? Boleh cerita sikit tak.

A: Kecaman dan tomahan selalunya dari segi fizikal. Tidak dinafikan lah meera ni bukan jenis perempuan yang “standard” orang luar akan ambil kalau nak show to the public. Saiz badan besar, raut wajah biasa sahaja. Tapi meera tak kisah semua tu. Sebab yang penting I love myself. Jadi bila stream ada yang kata, gemuk, tak cantik, gelap ke ape semua tu, meera tak kisah. Dulu mungkin tak tahan sebab baru lagi ceburi dunia ni, tapi bila dah lama tu, kita tak pandang, sekadar kata “Terima Kasih, at least aku dekat sini an :P” kita jadikan macam bahan untuk melawak dan tolak ketepi.

Q: Sekarang, makin banyak gamer girls dan streamer muncul, tak seperti zaman meera dulu, apakah pandangan meera secara personal?

A: Secara personal sangat bagus. Sekurang-kurangnya wanita-wanita diluar sana mula yakin untuk tonjolkan diri mereka di khalayak ramai. Tapi kene ingat juga lah, mereka kene bersedia akan macam-macam perkara baik mahupun buruk akan datang ke arah mereka. Kene bersedia lagi-lagi dari sudut minda

Q: Potensi untuk gamer girls, adakah sama seperti lelaki untuk mereka naik dan juga dikenali. Susah atau tidak?

A: Ini pandangan saya sahaja, tidak kira lelaki mahupun wanita, dua-dua ada cabaran masing2. Kalau kita tengok secara am, lelaki akan kata, perempuan senang dapat viewers or senang nak naik disebabkan itu, ini. Tapi, ada je streamer lelaki baru yang saya tengok, dalam masa beberapa bulan sahaja nama dia dah naik. Semua tu bergantung kepada streamer tersebut untuk naikkan diri mereka.

Q: Kenangan manis/pahit/memalukan yang pernah Meera alami/buat untuk viewers?

A: kenangan paling manis baru je terjadi beberapa hari lepas. Salah seorang viewer meera menghadiahkan GPU untuk hari jadi meera walaupun hari jadi meera pada bulan April yang lepas. Tidak lupa juga kenangan bersama komuniti-komuniti League of Legends yang ada di seluruh Malaysia yang banyak memberi memori manis masam pahit semua lah ada dengan mereka tu xD

Q: Siapakah idola Meera yang menginspirasi Meera untuk menjadi seorang streamer/Influencer?

A: Kalau nak kata specific satu siapa, saya rasa memang tak da kot, sebab saya idolize ramai orang, sebab tertarik dengan sifat, watak dan personaliti yang mereka tonjolkan seperti, Lylia, Janda Hunter, Sjokz, NerdGaming Malaysia dan beberapa lagi yang lain. Banyak sangat nak sebut nanti tak cukup pulak xD

Q: Meera merupakan Multiplatform streamer, seperti yang saya tahu, meera merupakan streamer di facebook, voov dan juga twitch, bagaimana Meera boleh keep up dengan schedule dan manage untuk follow jadual meera dan di platform manakah yang menjadi focus meera?

A: Secara jujur ada kala, jadual streaming tu tak dapat nak ikut juga sebab sekarang ni ada kerja full time. Tapi meera sebaik mungkin ikut mana yang mampu. Dulu fokus lebih kepada VOOV, tapi pada masa akan datang akan focus kepada Twitch dan juga Facebook.

Q: Kata-kata semangat kepada mereka yang cuba ingin menjadi seorang streamer, dan ucapan terima kasih buat pengikut setia Meera

A: Terbang tinggi untuk kejar impian korang semua, tapi jangan sampai lupa diri 🙂 Kepada pengikut2 setia meera antaranya yang selalu ada di belakang untuk membantu, Kme, Zaid, Paan, Ashley, Rifaae, Malul, rakan-rakan di Gameraki, rakan-rakan dari golongan eSports komunit, terima kasih kerana sentiasa menunjukkan adanya harapan dan jalan yang boleh diambil untuk diperbaiki. Tanpa korang dan juga yang lain-lain, meera takkan berada di sini hari ini 🙂

Baiklah gais, sampai di sini sahaja kami berborak. Terima kasih kepada ‘NeverOne’ kerana sudi ditemuramah oleh kami. Sempena bulan Ramadhan ini dan raya pon nak dekat dah, kami memohon maaf jika ada terkasar bahasa, mengguris hati semasa sesi temuramah. Ha, buat korang yang nak follow ‘NeverOne’ atau nak layan stream dia, nanti aku tinggalkan link di bawah, dan jangan lupa, follow dia, okay?

Facebook Page : https://www.facebook.com/meeradrs/

Instagram: https://www.instagram.com/meeradrs/

YouTube: NeverOne

Twitch: https://www.twitch.tv/meeradrs

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: League of legendsMeera 'NeverOne' DrsTemuramah
Previous Post

PUBG Final Test Untuk Sanhok, Bermula Minggu Ini

Next Post

Jom Ramai-Ramai ke Acara Iftar di Battle Arena!!!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jom Ramai-Ramai ke Acara Iftar di Battle Arena!!!

Jom Ramai-Ramai ke Acara Iftar di Battle Arena!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd