Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Witcher Tales: Thronebreaker kini membuka pra-pendaftaran di peranti Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, RPG
0 0
0
The Witcher Tales: Thronebreaker kini membuka pra-pendaftaran di peranti Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Game mobile RPG berasaskan kad The Witcher Tales: Thronebreaker akan datang ke peranti Android bermula minggu depan, dan peminat dapat mencuba bahagian awal permainan secara percuma!

Asalnya dilancarkan pada tahun 2018, Thronebreaker memulakan pembikinan sebagai sebahagian dari Gwent: The Witcher Card Game oleh CD Projekt Red, sebelum menjadi permainan tersendiri. Permainan akan mengisahkan Meve dan Rivia, di mana pemain mesti menyelesaikan sejumlah cabaran berdasarkan kad untuk maju.

Peminat francais The Witcher akan dapat memuat turun The Witcher Tales: Thronebreaker di peranti Android pada 17 Jun, menurut CD Projekt Red. Seperti yang saya kata di atas, pemain dapat memuat turun bahagian awal permainan secara percuma.

Ini supaya pemain berpeluang untuk merasakan gameplay dan cerita Thronebreaker sebelum membuat keputusan untuk membeli versi penuh. Pemain yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran di Google Play sekarang agar dapat dimaklumkan apabila permainan tersedia.

 

1 of 4
- +

Berikut adalah rumusannya di halaman Google Play:

“Thronebreaker adalah kempen “single player” untuk GWENT: The Witcher Card Game. Mengutamakan pilihan, dan dilakonkan dengan watak-watak multi-dimensi, ia sekali lagi mencampak pemain ke dunia The Witcher yang penuh dengan raksasa.

Dicipta oleh pemaju yang bertanggungjawab untuk beberapa adegan paling ikonik di The Witcher 3: Wild Hunt, permainan ini mengisahkan Meve, seorang permaisuri dengan pengalaman perang oleh dua Northern Realm – Lyria dan Rivia. Sedang menghadapi pencerobohan Nilfgaardian yang semakin dekat, Meve terpaksa berperang sekali lagi, dan memulakan perjalanan balas dendam dan kehancuran yang gelap.”

Sumber – CD Projekt Red

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidCD Projekt RedMobilePra-pendaftaranpre-registerRPGThe WitcherThe Witcher Tales: Thronebreaker
Previous Post

Minigame, summon baru dan watak didedahkan untuk FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE!

Next Post

Netflix mendedahkan tarikh tayangan, key art dan watak tambahan RESIDENT EVIL: INFINITE DARKNESS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Netflix mendedahkan tarikh tayangan, key art dan watak tambahan RESIDENT EVIL: INFINITE DARKNESS!

Netflix mendedahkan tarikh tayangan, key art dan watak tambahan RESIDENT EVIL: INFINITE DARKNESS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd