Gun Interactive mengeluarkan video trailer pertama untuk The Texas Chain Saw Massacre yang akan dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Ia juga akan tersedia di PC Game Pass pada hari pertama.
Ia merupakan game asymmetrical seram sama seperti Friday The 13th, Dead by Daylight dan banyak lagi. Dalam game ini, anda boleh memilih untuk bermain watak jahat seperti Leatherface, Hitchhiker dan the Cook untuk membunuh mangsa-mangsanya. Kita juga dapat lihat bagaimana watak jahat beraksi dan juga elemen-elemen lain seperti visual grafik, mekanik dan banyak lagi seperti yang ditunjukkan dalam video gameplay dibawah.
Seperti yang kita tahu, terdapat tiga watak jahat yang telah disediakan. Namun, menurut blogpost di laman web rasmi game, mereka mengesahkan bahawa mereka akan menambah lagi watak jahat yang lebih banyak dan sesuai dengan siri kegemaran original.
Walaupun The Cook, Hitchhiker dan Leatherface sudah nampak menarik , tiga pembunuh tidak akan mencukupi untuk mengekalkan game untuk jangka masa yang lama. Kami memerlukan lebih banyak lagi. Nasib baik, Kim Henkel datang sekali lagi untuk membantu kami menyelesaikan isu ini. Kim mempunyai beberapa idea untuk watak tambahan yang tidak pernah masuk ke dalam filem 1974, tetapi akhirnya dia membenarkan kami mencipta ahli keluarga Slaughter baharu sendiri.

Ini adalah game adaptasi dari sebuah filem, The Texas Chain Saw Massacre yang pernah ditayangkan pada tahun 1974. Ia akan menceritakan tentang Ana Flores yang sedang mencari kakaknya yang hilang bersama kawan-kawannya tetapi keadaan menjadi lebih seram apabila mereka bertemu dengan keluarga yang memakai kulit manusia.
Selain itu, mereka juga mengongsikan peta Family House secara lebih dekat daripada pandangan atas yang memaparkan bahagian hadapan dan tengah rumah melalui posting-nya di Twitter. Mereka juga akan mengongsikan lebih banyak peta pada masa akan datang termasuk Gas Station dan Slaughterhouse di Hub mereka.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Texas Chain Saw Massacre akan dikeluarkan pada tahun 2023. Namun mereka tidak mengongsikan tarikh sebenar bagi pengeluaran game ini. Game ini akan tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam serta PC Game Pass.

Kepada yang suka bermain game seram bersama rakan-rakan, anda boleh masukkan game The Texas Chain Saw Massacre dalam list. Jadi, mari kita sama-sama tunggu berita seterusnya daripada mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan game seram ini. Ikuti kami Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post