Nama yang sering didengar dan merupakan sebuah pembangun permainan mobile terkenal iaitu NetEase nampaknya hari ini mengumumkan permainan RPG AAA terbaru yang diberi nama sementara The Ragnarök! Daniel Ahmad, Analisis Senior di Niko Partners merupakan orang pertama yang mengongsikan berita ini secara terbuka di Twitter miliknya!
The Ragnarök adalah sebuah permainan dunia terbuka RPG yang diinspirasikan oleh Norse Mythology dan dikatakan ianya akan menjadi sebuah pengeluaran multi-platform! Jadi, ini bermaksud permainan ini mungkin bukan sahaja akan keluar untuk mobile, sebaliknya untuk PC dan konsol juga!
https://twitter.com/ZhugeEX/status/1263060233678737409
Menurut Ahmad, matlamat NetEase di sini adalah untuk menawarkan gabungan permainan MMO gaya Cina dan permainan premium AAA. Rakaman yang dikongsi menunjukkan beberapa pertempuran permainan dan platform seperti Assassin’s Creed.
Semuanya tampak sangat menarik, walaupun kami dapat membayangkan apa yang dilihat dalam aksi adalah bukti konsep yang bertentangan dengan permainan asli. Namun, jika ada yang mempunyai wang dan kepakaran untuk mengeluarkan projek seperti ini, itu adalah NetEase. Dan sebentar tadi NetEase turut ada mengongsikan mengenai permainan ini di Twitter rasmi mereka;
The Ragnarök の戦場。
それは涅槃なのか、再生なのか。The Ragnarök で新たな世界秩序を樹立せよ!
新世界での冒険の旅が、あなたを待っている!#NetEaseGames#TheRagnarök pic.twitter.com/qbaXJFy4wa— NetEase Games (@NetEaseGames_JP) May 20, 2020
Treler kedua yang dikongsi oleh Ahmad menyoroti pengaturan dunia terbuka permainan dan sedikit seperti platform. Sangat menarik untuk melihat beberapa permainan yang diilhamkan oleh Norse mythology dilancarkan dalam jarak yang berdekatan antara satu sama lain.
NetEase is holding its 520 conference a bit later where there will probably be more info.
For now there is this game world preview video. pic.twitter.com/upiBH1EFG1
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 20, 2020
Persidangan NetEase 520 dijadualkan untuk hari ini, jadi dengan harapan agar lebih banyak berita mengenai permaian ini yang mungkin akan menjadi salah satu RPG mudah alih paling dinantikan sehingga kini.
Sumber: Daniel Ahmad; Alt Char
@gamersantaimy
Discussion about this post