Game Outlast seterusnya oleh Red Barrels telah menerima perubahan unik di mana mereka memperkenalkan co-op kepada game horror survival terkenal ini. The Outlast Trials bukanlah sekuel terus kepada game single-player Outlast yang lalu, tetapi ia ditetapkan dalam universe yang sama.
The Outlast Trials berlangsung dalam alam fiksyen seram yang sama seperti Outlast dan Outlast 2, tetapi garis masa jalan ceritanya bermula lebih awal. Ditetapkan pada era Cold War, ia mungkin berlaku semasa era ’60-an atau ’70-an. Pemain juga boleh bermain The Outlast Trials secara seorang jika mereka lebih suka bermain sendiri seperi game Outlast sebelum, tetapi ia dibangunkan dengan tujuan untuk menyokong permainan co-op sehingga empat peserta. Red Barrels telah berkongsi post ini di Facebook rasmi mereka, dengan slogan “Where FreedomEnds“.
Posting di atas menunjukkan tiga individu dalam bilik gelap dengan logo yang tidak dikenali di latar belakang. Setiap orang memakai goggle yang aneh, gelang tag, dan pakaian hitam, sementara yang di tengah sedang mencapai tangan kepada individu keempat yang tidak kelihatan. Berikut adalah teaser lama yang diumumkan oleh Red Barrels:
Gogal yang mereka pakai mungkin akan membuat peminat tertanya jika The Outlast Trials direka khusus untuk VR, tetapi Red Barrels menafikan pernyataan itu di dalam ruang komen pada halaman Facebook rasminya.
Menurut co-founder Red Barrels, David Chateauneuf, konsep asas sudah lengkap dan pasukannya kini dalam fasa pembangunan. Ia masih dalam pembangunan awal, maka tiada tarikh pelepasan diumumkan buat masa ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post