Red Barrels mengumumkan yang The Outlast Trials akan dikeluarkan dalam akses awal bermula 18 Mei 2023 di PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Tentang Game

Red Barrels menjemput anda untuk mengalami keganasan bersama rakan-rakan. Sama ada anda melalui ujian secara bersendirian atau dalam pasukan, jika anda bertahan cukup lama dan menyelesaikan terapi, Murkoff dengan senang hati akan membiarkan anda pergi… tetapi adakah anda akan sama?
Berlatarkan era “Cold War”, uji kaji manusia secara tidak sengaja direkrut oleh orang baik di Murkoff Corporation untuk menguji kaedah lanjutan “brainwash” dan kawalan minda. Dalam dunia ketidakpercayaan, ketakutan, dan keganasan, moral anda akan tercabar, ketahanan anda diuji, dan kewarasan anda dihancurkan. Semuanya atas nama kemajuan, sains, dan keuntungan.
Ciri-ciri utama

- Survive: Solo atau Co-op– Anda semua adalah tahanan Murkoff yang terperangkap di dalam kemudahan mereka. Anda boleh memilih untuk menyelesaikan percubaan sendiri atau anda boleh menanganinya dalam satu pasukan yang terdiri daripada dua, tiga atau empat pemain.

- Hide or Flight – Dalam fesyen Outlast, gameplay teras melibatkan mengelakkan musuh, bersembunyi daripada mereka dan cuba melarikan diri. Murkoff akan menyediakan alatan yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan keupayaan “stealth” anda, mencipta peluang untuk melarikan diri, memperlahankan musuh dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan alatan tersebut dan bekerja keras untuk memperbaikinya.

- Ubah Suai Watak – Pilih alatan, peningkatan dan faedah anda agar sesuai dengan playstyle anda. Sesuaikan dan cipta pesakit anda sendiri. Penjara anda adalah rumah anda semasa anda menyelesaikan terapi, anda boleh menghiasinya mengikut kehendak anda.

- Siasat – Anda telah diculik oleh Murkoff Corporation untuk menjalani eksperimen tidak beretika yang akan mengubah suai jiwa dan tingkah laku anda sepanjang “Trial”. Kumpulkan dokumen dan item yang akan membantu membuktikan penyelewengan Murkoff terhadap pesakitnya.
Akses awal The Outlast Trials akan bermula pada 18 Mei 2023 di PC melalui Steam dan Epic Games Store. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post