Ansuran terbaru dalam universe Conjuring, The Nun 2 telah memulakan penggambarannya di Perancis dan bakal tiba di pawagam pada 8 September 2023. Perkongsian ini telah dilakukan oleh penerbit filem tersebut iaitu James Wan melalui posting-nya di Instagram.
View this post on Instagram
Melalui perkongsian tersebut, kita boleh lihat yang mereka baru sahaja mulakan penggambaran dan Michael Chaves ialah pengarah bagi filem ini. The Nun 2 akan berlaku di Perancis pada tahun 1956 di mana seorang paderi telah dibunuh. Kejahatan sedang merebak. Sekuel ini akan mengikuti Sister Irene sekali lagi yang berhadapan dengan syaitan bernama Valak – “The Demon Nun”.
Memandangkan ini adalah filem sekuel, ramai pelakon yang akan memainkan semula watak mereka dalam filem pertama termasuk Bonnie Aarons sebagai Valak/Nun, Taissa Farmiga sebagai Sister Irene. Storm Reid yang terkenal dalam filem The Invisible Man bakal membintangi filem The Nun 2 sebagai peranan utama.

Kalau korang nak tahu, Michael Chaves ialah pengarah dalam francais Conjuring di mana dia telah mengarah bagi filem The Conjuring: The Devil Made Me Do It dan The Curse of La Llorona. Akela Cooper sebagai penulis skrip manakala Ian Goldberg dan Richard Naing sebagai penyemak. James Wan dan Peter Safran sebagai penerbit. Gary Dauberman dan Michael Clear sebagai penerbit eksklusif.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Nun 2 baru sahaja memulakan penggambaran di Perancis dan bakal ditayangkan pada 8 September 2023 di pawagam. Apapun, masih banyak lagi maklumat yang tidak didedahkan oleh mereka mengenai filem ini.
Mesti ramai peminat filem horror tidak sabar untuk menonton The Nun 2 di pawagam. Harapnya, tiada sebarang masalah berlaku sepanjang penggambaran dan bakal tiba pada tarikh yang ditetapkan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan pelbagai berita menarik mengenai filem, game, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post