Daedalic Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa The Lord of the Rings: Gollum akan dilancarkan pada 1 September untuk Steam, PS4, PS5, dan Xbox Series X|S. Bukan setakat itu sahaja, ia juga akan tersedia dalam versi fizikal, jadi sesiapa yang suka kumpul game fizikal boleh dapatkannya nanti. Kalau anda pemain Nintendo Switch, jangan risau kerana ia juga masih dalam perancangan untuk keluar pada tahun ini.

Baru-baru ini, preview untuk game ini telah pun ditunjukkan. Penonton akan melihat Gollum yang meneroka Cirith Ungol di Mondor dan alam Elven yang dikenali sebagai Mirkwood. Jika anda peminat LOTR, sudah tentu anda tahu kebolehan Gollum yang ditunjukkan semasa preview tersebut.

The Lord of the Rings: Gollum akan membawa pemain untuk melihat perspektif lain di Middle-earth. Pemain akan mengetahui pengalaman Gollum semasa permulaan bab “The Fellowship of the Ring”, di mana dia memulakan pengembaraan berbahaya di pelbagai tempat. Dengan memanjat dan mengelak musuh-musuh berdekatan, Gollum menggunakan kesemua pengetahuannya sepanjang 500 tahun.
Selain itu, didedahkan juga bahawa pemain akan menjadi protagonis dan antagonis pada masa yang sama. Ini memberikan sesuatu yang unik kepada pemain lebih-lebih lagi semasa berurusan dengan Gollum serta diri Hobbitnya Smeagol. Sepanjang game juga, sudah tentu pemain akan berjumpa dengan watak-watak lain daripada siri tersebut seperti Gandalf dan Elven King Thranduil.

Mesti ramai peminat LOTR tidak sabar untuk mencuba game ini nanti. Apapun, kalau anda inginkan liputan lain mengenai LOTR, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post