Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Lego Movie 2 Video Game Review – tidak AWESOME seperti yang disangkakan.

Everything is not so awesome.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, Review, Steam, Teknologi, Xbox One
0 0
0
The Lego Movie 2 Video Game Review – tidak AWESOME seperti yang disangkakan.
Share on FacebookShare on Twitter

Sesiapa yang pernah main game Lego yang berdasarkan filem pasti sudah biasa dengan formulanya. Jalan cerita sebuah filem akan dicerita semula dalam bentuk story missions, yang penuh Lego bricks untuk dipecah dan karakter untuk dikumpul. Pada awalnya, saya amat kecewa The Lego  Movie 2 Video Game tidak mengikut formula tersebut, tetapi lama-kelamaan saya terbiasa dengan rentak baru game tersebut.

Ini adalah sebahagian gameplay daripada kami di Gamersantai. Enjoy!

Latar Belakang

Dilancarkan pada Febuari 26 tahun ini untuk Playstation 4, Xbox One, PC dan Switch, The Lego Movie 2 Video Game telah lari daripada format tradisi game Lego. Kemungkin ingin mencuba sesuatu yang baru dan lihat idea itu berjaya atau ingin lari daripada konsep yang lama dan membosankan. Ini bergantung kepada persepsi para pemain dan perasaan anda selepas bermain game ini selama 14 tahun. Pada tahun lepas, Lego Incredibles mengikut format yang sama dan memberi pengalaman Lego yang paling asas iaitu story missions, hub worlds, barang untuk dikumpul dan sebagainya. Setahun sebelum itu pula, The Lego Ninjago Movie Video Game pula dilancarkan. Game itu telah mengikut format dan cara yang sama seperti game Lego yang lain, tetapi menambah beberapa aspek baru seperti free-movement dan cara tempur berdasarkan kombo lantas menghasilkan antara game Lego Movie terbaik yang pernah dicipta.

Antara game terbaik juga dalam siri ialah The Lego Movie Video Game pada tahun 2014. Sumber ilhamnya sangat cemerlang dan menawan. Tidak seperi game Lego yang lain yang mempamerkan latar belakang dan pemandangan yang tidak berupa batu bata Lego,  The Lego Movie Video Game kelihatan seperti dunianya dibina sepenuhnya oleh batu bata Lego. Memang game itu satu pengembaraan yang terang dan warna-warni. Apabila saya dengar berita developer TT Fusion akan menyambung dengan pembikinan The Lego Movie 2 Video Game, saya berharap lebih daripada ini. Malangnya, tidak. Kadangkala itu bagus, dan kadangkala itu menghampakan.

Jalan Cerita

Jalan cerita game ini tidak mengikut jalan cerita seperi game dalam kronologi, sebaliknya membiarkan watak utama untuk merantau dari planet ke planet sambil melengkapkan quest dan mengumpul cosmic brick. Game kali ini juga tidak ada story mission yang panjang dan tiada ganjaran apabila berjaya mengumpul sejumlah “bits”. (mata wang yang digunakan di dalam Lego) Pada masa yang sama, tiada batu bata yang bersinar untuk dipecahkan dan dipasang semula untuk membina dalam bentuk baru bagi menyelesaikan puzzle.

Gameplay

Game ini diinspirasikan kurang daripada game Lego yang tradisi tetapi lebih kepada Lego Worlds, game Lego yang berteraskan kreativiti Minecraft pada tahun 2017. Game kali ini lebih bersifat open-world. Sambil pemain free-roam planet yang sedia ada, pemain akan jumpa main quest yang berkaitan dengan jalan cerita utama dan buka planet atau world baru untuk mengembara. Pada masa yang sama,  side quest juga akan dibuka di mana karakter NPC akan meminta pemain untuk membina barang, bangunan atau warna objek untuk mereka. Seperti di Lego Worlds, pemain boleh mengumpul pelbagai jenis alat untuk bermain seperti, construction booklets, item scanners yang akan menambah objek baru kepada katalog mereka, berus warna untuk mewarna struktur, power glove untuk memecahkan objek atau infrastruktur, dan lain-lain.

Game ini juga terdapat sebuah planet istimewa bernama Syspocalypstar, di mana pemain boleh customizes secara bebas menggunakan brick yang dikumpul ketika bermain. Kedai di setiap planet pula terdapat item istimewa dan boleh ditukar untuk Lego bits. Satu kedai menjual huruf gergasi supaya pemain boleh menyusun mesej yang mereka ingin sampaikan dalam bentuk stail Hollywood.

Jalan cerita di setiap planet utama tamat dengan boss battle yang agak menakjubkan di mana pemain harus bertarung bersama objek ciptaan Lego yang setinggi atau lebih tinggi daripada KLCC. Setiap pertarungan ini berbeza dan pemain harus mencari pelbagai cara untuk menipu si boss itu untuk mencederakan dirinya sendiri. Sebagai contoh, menipu sebuah chameleon yang lapar untuk makan buah palsu daripada memakan buah sebenar. Apabila si boss itu ditipu, terdapat satu sesi platforming gempak yang akan muncul pada badannya. Perasaan tinggi dan skala yang terdapat dalam pertarungan ini harus dipuji, dan ini antara idea yang paling bercita-cita tinggi dalam game ini.

Kesimpulan

Lego Movie Video Game yang pertama telah melakukan kerja yang bagus untuk mencipta semula dunia, planet dan kejadian di dalam filem, walaupun gameplay tersebut bergantung kepada formula berusia 14 tahun. Pemain harus bertukar antara Batman, Unikitty, dan pemilihan karakter yang sangat luas. Ini penting kerana setiap karakter mempunyai tugas dan kebolehan mereka yang tersendiri. The Lego Movie 2 Video Game jarang memaksa pemain untuk membuat apa-apa selain daripada pergi ke building menu untuk memilih satu objek. Ini membuat pengalaman saya bermain game ini sangat hambar untuk sebuah siri yang secara konsisten telah menghasilkan pelbagai gameplay menarik dengan menggunakan pelbagai sumber. Ini adalah perasaan saya kepada game ini selepas membandingkannya bersama game The Lego Movie Video Game yang pertama. Pada mereka yang berminat, game ini boleh didapat di PS4, Xbox One, PC dan Switch. Jangan tunggu lagi! Dunia Lego menanti anda!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Lego Movie 2 Video Game

6 Score

Tidak memuaskan seperti yang pertama tetapi masih boleh menghiburkan para pemain. Amat sesuai untuk semua jenis umur dan mudah untuk belajar bermain. Konsepnya cuma lari daripada yang asli.

Review Breakdown

  • Agak biasa dan tidak cukup 'hype'. 0
Tags: LEGOPCPS4switchThe Lego MovieThe Lego Movie 2 Video GameXbox One
Previous Post

Epic Games disaman kerana loot box ‘Llamas’.

Next Post

PS Vita secara rasminya telah tamat pembikinannya di Jepun.

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
PS Vita secara rasminya telah tamat pembikinannya di Jepun.

PS Vita secara rasminya telah tamat pembikinannya di Jepun.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd