Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Part II sudah tersedia untuk keluarannya pada bulan depan! Tidak ditunda lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 5, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
The Last of Us Part II sudah tersedia untuk keluarannya pada bulan depan! Tidak ditunda lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan lebih kurang sebulan sebelum pelancarannya, The Last of Us Part II telah “gone gold“. Bagi mereka yang tidak faham frasa ini, ia bermaksud permainan sudah siap untuk dicetak pada cakera dan dihantar ke kedai di seluruh dunia, serta diserahkan ke server Sony agar dapat dimuat turun di PSN. Inilah “versi 1.0” untuk The Last of Us Part II. Sekiranya tiada apa-apa yang tidak dijangka berlaku, sekuel yang ditunggu-tunggu ini tidak mungkin mengalami penangguhan lagi.

Pengarah Kreatif Neil Druckmann mengumumkan berita tersebut di media sosialnya. Dalam sebuah mesej video, Druckmann berkongsi rasa bangganya pada permainan dan pasukannya di Naughty Dog. Beliau kata bahawa apabila peminat akhirnya mendapat game ini, mereka pasti dapat melihat betapa banyak usaha yang dikerahkan dalam projek ini. Ini boleh dilihat pada butiran-butiran kecil, kesetiaan kepada grafik, dan keseluruhan Part II. Mari kita lihat video di bawah:

Neil Druckmann mengakhiri video tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan berterusan mereka selama beberapa tahun ini. Dia juga menambah bahawa tidak kira apa yang mungkin dilihat, didengar, atau dibaca oleh penonton, “tiada ada yang dapat dibandingkan dengan memainkan perkara sebenar dari awal hingga akhir. Ini adalah sebuah permainan video, anda harus memainkannya.”

Mesej terakhir Druckmann kepada peminat merujuk kepada sejumlah spoiler yang bocor di atas talian lebih daripada seminggu yang lalu. Walaupun khabar angin awal mengaitkan kebocoran itu kepada pekerja Naughty Dog yang tidak puas hati, Sony mengesahkan bahawa individu yang bertanggungjawab tidak berkaitan dengan SIE atau Naughty Dog.

Pemain boleh memulakan perjalanan mereka di The Last of Us Part II bermula bulan depan pada 19 Jun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Naughty DogNeil DruckmannSonyThe Last of Us part II
Previous Post

Peminat Digimon menghidupkan WarGreymon dalam versi LEGO!

Next Post

CD Projekt akan mendedahkan lebih banyak berita untuk Cyberpunk 2077 Jun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
CD Projekt akan mendedahkan lebih banyak berita untuk Cyberpunk 2077 Jun ini!

CD Projekt akan mendedahkan lebih banyak berita untuk Cyberpunk 2077 Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd