Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us 2 Multiplayer mungkin free-to-play dan mempunyai mikrotransaksi!

Maira by Maira
January 7, 2022
in Artikel, Berita, Genre, Multiplayer
0 0
0
The Last of Us 2 Multiplayer mungkin free-to-play dan mempunyai mikrotransaksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Naughty Dog telah menjelaskan secara terbuka untuk sekian lama bahawa ia sedang membangunkan game multiplayer baru yang mungkin berdasarkan dunia The Last of Us 2. Game ini pada asalnya dirancang untuk menjadi mod permainan berasingan yang dikeluarkan dengan ansuran kedua The Last of Us pada tahun 2020, tetapi akhirnya ia melampaui skop asal yang dimiliki Naughty Dog untuknya. Sehingga kini, projek itu masih dalam pembangunan, tetapi butiran mengenainya masih lagi dirahsiakan. Tetapi melihat pada senarai kerja baru daripada Naughty Dog, nampaknya ia mungkin mempunyai beberapa maklumat baru mengenainya.

Dalam senarai tersebut, terdapat posisi untuk Senior Monetization Designer di Naughty Dog, yang menjelaskan bahawa ia sedang mencari bantuan dalam hal ekonomi dalam game untuk tajuk multiplayer. “Kami sedang berusaha untuk membawa visi dan kualiti yang sama untuk game kami, game berasaskan cerita untuk projek multiplayer yang unik ini. Jadi, kami mencari monetization designer yang berpengalaman, kreatif dan bekerjasama untuk membantu kami membina ekonomi mesra pemain yang luar biasa.” kata penerangan yang terdapat pada laman kerjaya itu. “Posisi ini akan berpeluang untuk menjadi sangat inovatif dan meninggalkan jejak mereka dengan membangunkan sistem ekonomi terbaik”

Perkara menarik lagi mengenai mengenai huraian kerja ini ialah ia seperti memberi petunjuk untuk pengalaman bermain multiplayer untuk The Last of Us 2. Sebagai permulaan, ia jelas bahawa beberapa jenis transaksi mikro akan hadir. Memandangkan industri gaming telah berkembang selama bertahun-tahun untuk perkara ini, kemungkinan besar pembelian dalam permainan ini terdiri daripada kosmetik yang sering kita lihat dalam game lain.

Struktur monetization ini ialah game multiplayer untuk The Last of Us 2 mungkin boleh menjadi game free-to-play. Ia merupakan trend baru sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi dari syarikat besar seperti Halo Infinite, Apex Legends, Fortnite dan banyak lagi. Anda dapat bermainnya secara percuma dan hanya memerlukan wang untuk membeli item seperti battle pass, kosmetik dan lain-lain. Walaupun begitu, game multiplayer dari Naughty Dog ini masih lagi mempunyai berita lanjut mengenainya dan berharap kita akan mendapatnya pada tahun ini.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Untuk liputan lain mengenai The Last of Us dari kami, sila klik pautan ini.

Sumber: comicbook

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: multiplayerNaughty DogThe Last of Us 2
Previous Post

Pengarah Days Gone kecewa terhadap layanan PlayStation walaupun sama sukses seperti Tsushima

Next Post

E3 2022 akan diadakan sepenuhnya secara online sekali lagi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
E3 2022 akan diadakan sepenuhnya secara online sekali lagi

E3 2022 akan diadakan sepenuhnya secara online sekali lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd