Valve kembali dengan kejohanan terunggul mereka iaitu The International 12 yang akan mempertandingkan game MOBA popular Dota 2 pada bulan Oktober 2023 di Seattle, Amerika Syarikat. Kejohanan The International 12 akan berlangsung di Climate Pledge Arena di mana ia merupakan stadium yang agak besar untuk memuatkan ramai peminat dari seluruh dunia.
Menurut laman web rasmi Dota 2, perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada 14 Oktober 2023 dan peringkat playoff akan menyusul selepas itu. Kedua-dua peringkat ini akan dijalankan di bawah satu banner iaitu The Road to The International.
Manakala kejohanan utama The International akan dimainkan bermula pada 27 sehingga 29 Oktober 2023. Maklumat yang lebih terperinci mengenai perlawanan akan dikeluarkan pada masa akan datang.
Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang tiket atau maklumat lanjut tentang The Road to The International.

The International dianggap sebagai acara elit esport untuk semua pemain Dota 2, di mana setiap pemain mahu melayakkan diri ke acara ini untuk mencapai kedudukan tertinggi mungkin. Bukan itu sahaja, kejohanan TI juga menawarkan antara prizepool terbesar dalam sejarah esports dan setiap tahun akan meningkat beransur-ansur secara konsisten.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa The International 12 akan berlangsung di Seattle, Amerika Syarikat pada bulan Oktober nanti. Jadi geng kalau anda tidak sabar untuk menonton kejohanan The International 11 Dota 2, boleh nantikan pengumuman lanjut daripada Valve.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post