Kejohanan The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Asia Tenggara buat pertama kalinya, di mana Singapura akan menjadi tuan rumah untuk edisi TI11. Kejohanan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober bermula dari 8 sehingga 30 Oktober 2022.
The International 11 akan menjadi acara Dota yang terpanjang setakat ini. Sebanyak 30 pasukan yang akan bersaing dalam kejohanan ini untuk merebut gelaran juara. Tetapi mereka harus mengharungi empat peringkat untuk menunjukkan yang mereka layak menjadi juara The International 11. Kejohanan ini akan terbahagi kepada empat peringkat iaitu Last Chance Qualifier (LCQ), Group, Playoff dan Final.
- Last Chance Qualifier (8 Oktober – 12 Oktober 2022)
- Group (15 Oktober – 18 Oktober 2022)
- Playoff (20 Oktober – 23 Oktober 2022)
- Final (29 Oktober – 30 Oktober 2022)

Dalam peringkat Last Chance Qualifier, terdapat pasukan yang akan bersaing untuk menjadi 20 pasukan terbaik dan sekali gus layak ke peringkat kumpulan. Peringkat Last Chance Qualifier akan berlangsung bermula 8 Oktober hingga 12 Oktober 2022. Pada tahun ini, mereka menaikkan kapasiti pasukan yang akan bertanding dalam peringkat kumpulan daripada 18 pasukan kepada 20 pasukan.
Selepas tamatnya peringkat Last Chance Qualifier, 20 pasukan terbaik akan mara ke peringkat seterunya iaitu peringkat kumpulan yang akan berlangsung pada 15 Oktober hingga 18 Oktober 2022. Semasa peringkat kumpulan berlangsung, kita akan lihat semua pasukan bertungkus lumus untuk layak ke peringkat kalah mati.

Peringkat kalah mati akan berlangsung pada 20 Oktober hingga 23 Oktober di Konvensyen SunTec Singapura. Dalam peringkat ini , tidak banyak peluang yang pasukan boleh dapat untuk mara ke perlawanan akhir. Senang cerita, pasukan yang kalah boleh balik dah.
Pasukan yang bertahan dalam peringkat kalah mati akan mara ke peringkat perlawanan akhir yang akan diadakan pada 29 Oktober hingga 30 Oktober 2022 di Stadium dalam Singapura. Dalam Stadium itu juga, kita akan lihat acara mengangkat trofi oleh pemenang.

Jom kita sama-sama nantikan sebarang maklumat berkenaan tiket untuk peringkat kalah mati dan perlawanan akhir yang akan diumumkan nanti. Pasukan mana yang anda akan sokong dalam kejohanan The International 11 ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen nanti. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post