Kejohanan The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Asia Tenggara buat pertama kalinya, di mana Singapura akan menjadi tuan rumah untuk edisi TI11.
Akaun Twitter rasmi Dota 2 mula-mula memberikan petunjuk tentang lokasi iaitu Garden City dengan memuat naik pelbagai gambar patung mini daripada game itu di sekitar Singapura. Walaupun beberapa peminat berjaya meneka lokasi itu, pengesahan rasmi pertama kali didedahkan semasa pertandingan akhir utama Stockholm Major, serta di siaran media sosial.
Kali terakhir Singapura menjadi tuan rumah kepada acara Dota Pro Circuit adalah pada 2021 semasa ONE Esports Singapore Major, di mana Invictus Gaming memenangi kejohanan dengan comeback yang mengagumkan menentang Evil Geniuses.
Bagi peminat serantau seperti Malaysia yang tidak sabar untuk tonton acara dan ingin merancang jadual mereka, TI11 akan berlangsung pada bulan Oktober. Tarikh tepat akan disahkan kemudian, bersama-sama dengan maklumat tentang harga tiket dan sebagainya.

The International dianggap sebagai acara elit esport untuk semua pemain Dota 2, di mana setiap pemain mahu melayakkan diri ke acara ini untuk mencapai kedudukan tertinggi mungkin. Bukan itu sahaja, kejohanan TI juga menawarkan antara prizepool terbesar dalam sejarah esports dan setiap tahun akan meningkat beransur-ansur secara konsisten. Jadi tidak heran lah mengapa ramai tidak sabar untuk menonton TI11 pada tahun ini, lagi-lagi ia berlangsung sangat dekat di Malaysia.

Jadi geng kalau anda tidak sabar untuk menonton kejohanan The International 11 Dota 2, boleh nantikan pengumuman lanjut daripada Valve. Untuk mendapatkan liputan berkenaan Dota, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post