Untuk menyambut ketibaan game paling dinanti-nantikan dan berita baru tentang judul terkini, Geoff Keighley mengesahkan bahawa The Game Awards 2022 akan kembali secara langsung pada hari Khamis, 8 Disember di Microsoft Theater, Los Angeles.
Secara lebih khusus, The Game Awards 2022 telah mendedahkan maklumat pertama tentang acara tahunan ini, yang akan disiarkan secara percuma di seluruh dunia di 40 platform video digital berbeza termasuk YouTube, Twitch, Twitter, Facebook dan TikTok Live. Acara tahun lepas mencatat jumlah tonton siaran langsung global sebanyak 85 juta, lantas menjadikan The Game Awards sebagai salah satu acara terbesar di Internet.
Seperti yang korang semua tahu, The Game Awards akan menghimpunkan nama-nama terbesar dalam dunia gaming dan budaya popular untuk meraikan game terbaik 2022Β dan mempamerkan masa depan gaming dengan pengumuman baharu dan tayangan perdana bagi projek-projek menarik.
Di samping kategori yang kita biasa lihat, terdapat satu kategori baharu iaitu “Best Adaptation”. Anugerah ini akan mengiktiraf “karya kreatif yang menyesuaikan harta intelek permainan video secara autentik kepada media popular lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada filem teater, rancangan, podcast, novel dan buku komik.”
“Anugerah Best Adaptation ialah cara untuk industri gaming dan peminatnya memupuk semangat mereka kepada kerja kreatif yang mengadaptasikan diri secara autentik dan sering menambah latar belakang dan konteks kepada francais game kegemaran kami.
Dengan begitu banyak projek yang diilhamkan game di pelbagai hiburan, masa ini amat sesuai untuk menghargai kecemerlangan dalam mengadaptasikan dunia permainan video kepada medium lain.”
kata Geoff Keighley, pencipta dan penerbit eksekutif The Game Awards.
Selain itu, sama seperti Summer Game Fest yang bekerjasama dengan IMAX, penonton yang ingin melihat The Game Awards 2022 di keselesaan teater boleh mendapat pengalaman yang sama. Saya tidak pasti jika Malaysia terlibat dalam siaran IMAX tetapi lebih banyak maklumat akan datang dalam bulan-bulan berikutnya.
Disember pun akan tiba tidak lama lagi, jadi anda tidak perlu tunggu lama untuk maklumat seterusnya. Buat masa ini, kita hanya boleh menunggu hari tayangan The Game Awards pada 8 Disember.
@gamersantaimy
Discussion about this post