Hah, ini yang ditunggu-tunggu. Aku rasa, bukan aku je, tapi ramai. The Forest akan dilancarkan untuk PlayStation 4 pada November 6 ni gais~ Ianya diumumkan sendiri oleh developer, Endnight Games. Kepada mereka yang tak tahu pasal game ni, meh, teruskan bacaan korang untuk artikel untuk tahu lebih lanjut tentang game The Forest ni.
Aku, sebagai pemain game The Forest ni, rasa bertanggungjawab untuk bagitahu korang, macam mana game The Forest ni sebenarnya. Ianya merupakan game survival, tetapi, bukan game survival yang biasa-biasa, yang objektif nya 1, untuk survive. Kelainan game The Forest ni adalah, korang mempunyai misi-misi yang lain, selain dari pada survive. Tak semestinya korang kena buat apa yang di suruh, korang diberikan kebebasan untuk memilih cara permainan korang sendiri.
Ada yang suka explore, habiskan map, pada mereka yang suka adventure, boleh masuk ke dalam Cave dan teruskan kepada jalan cerita. Ada jugak yang mungkin, akan buat base yang terbaik untuk korang tinggal. Macam-macam lagilah dan semuanya tertakluk kepada, korang, pemain. Di dalam The Forest, korang bukan keseorangan, ada mutant yang akan hunt korang, tetapi, ada juga safe mode, di mana, korang hanya bermain dengan diri korang sendiri je, tiada mutant, dan korang boleh fokus dalam membina ultimate base korang.
Yang paling best bagi aku, sistem Multiplayer dia. Korang boleh ajak kawan korang main sekali, atau mereka yang ada game The Forest ni. Survive bersama, membina bersama dan semestinya, ianya lebih menyeronokkan kalau korang boleh main bersama. Dikatakan yang The Forest boleh di mainkan di booth PlayStation 4 semasa acara PAX West di Seattle, yang akan berlangsung dari 31 Ogos sehingga 3 September.
Cuba korang usha diorang ni main The Forest version PC:
@gamersantaimy
Discussion about this post