Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘The Fantastic Four: First Steps’ Dijangka Akan Tayang Tahun 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
‘The Fantastic Four: First Steps’ Dijangka Akan Tayang Tahun 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa panel Marvel Studios pada hari Sabtu lalu, presiden Marvel Studios Kevin Feige telah memperkenalkan barisan pelakon filem Fantastic Four akan datang, serta mendedahkan tajuk rasmi filem tersebut sebagai ‘The Fantastic Four: First Steps‘.

Kredit: Marvel Studios

Pengarah Matt Shakman berada di pentas bersama Pedro Pascal (Reed Richards/Mister Fantastic), Vanessa Kirby (Sue Storm/The Invisible Woman), Ebon Moss-Bachrach (Ben Grimm/The Thing), dan Joseph Quinn (Johnny Storm/The Human Torch) untuk berkongsi butiran lanjut.

Pertama sekali, ini adalah reboot kepada francais Fantastic Four, dan tidak akan memaparkan origin story (bagaimana mereka mendapat kuasa dan sebagainy). Cuma, apa yang unik adalah kumpulan Fantastic Four ini nampaknya berasal di alam dimensi lain. Marvel Studios telah menjelaskan premis unik filem ini, yang dikatakan akan berlangsung di New York City versi futuristik pada tahun 1960-an.

Sebagai teaser, Marvel Studios turut mendedahkan ‘Fantasticar’ sebenar (pengangkutan ikonik Fantastic Four) di hadapan orang ramai. Shakman menjelaskan bahawa dia adalah peminat lama kepada komik Fantastic Four, dan tidak sabar apabila peminat melihat New York versi retrofuturistik di dalam filem.

The Fantasticar takes flight in Hall H#FantasticFour#SDCC pic.twitter.com/bmYMhQQi07

— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 28, 2024

“Lebih daripada sekadar estetika visual, tahun 60-an bagi saya adalah tentang keyakinan,” kata Shakman. “Ini tentang melihat bintang dan bermimpi tentang perjalanan ke angkasa lepas. Bagaimana dengan hati yang betul dan fikiran yang betul, anda boleh melakukan apa sahaja – itulah yang dimaksudkan dengan Fantastic Four.”

Penggambaran akan bermula secara rasmi pada minggu ini di London, tetapi Pascal mendedahkan bahawa dia dan rakan-rakannya telah berlatih bersama selama berminggu-minggu, dan sudah berasa seperti “keluarga.”

Kredit: Marvel Studios

Selain barisan watak utama, pelakon lain yang juga disahkan termasuk Ralph Inseson sebagai penjahat legenda Galactus, dan Julia Garner sebagai Shalla-Bal, versi alternatif Silver Surfer.

Sebagai berita terakhir, Marvel Studios mengesahkan bahawa geng Fantastic Four akan muncul dalam kedua-dua filem Avengers akan datang – Avengers: Doomsday (sebelum ini bertajuk The Kang Dynasty) yang akan dikeluarkan pada Mei 2026 dan Avengers: Secret Wars pada Mei 2027.

Kredit: Marvel Studios

Menurut laporan yang diberi, The Fantastic Four: First Steps dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 25 Julai 2025, jika tiada masalah berlaku.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Fantastic Four: First Steps
ShareTweetSend
Previous Post

Robert Downey Jr Kembali Sebagai Doctor Doom Dalam ‘Avengers: Doomsday’ Arahan Russo Brothers

Next Post

Siri Live-Action ‘Like a Dragon: Yakuza’ Mendedahkan Trailer Pertama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Siri Live-Action ‘Like a Dragon: Yakuza’ Mendedahkan Trailer Pertama

Siri Live-Action 'Like a Dragon: Yakuza' Mendedahkan Trailer Pertama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd