Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Fantastic Four: First Steps Akan Debut Pada 24 Julai 2025 Di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 5, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
The Fantastic Four: First Steps Akan Debut Pada 24 Julai 2025 Di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Studios bakal memperkenalkan semula Fantastic Four kepada penonton dengan filem terbaru, The Fantastic Four: First Steps, yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Julai 2025.

Filem ini membawa watak-watak ikonik—Reed Richards, Sue Storm, Johnny Storm, dan Ben Grimm—ke dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sambil menghadapi ancaman terbesar mereka setakat ini.

Berlatarbelakangkan dunia retro-futuristik yang diinspirasikan daripada era 1960-an, filem ini memberikan nafas baharu kepada keluarga adiwira pertama Marvel. Pedro Pascal memegang watak sebagai Reed Richards/Mister Fantastic, bersama Vanessa Kirby sebagai Sue Storm/Invisible Woman, Joseph Quinn sebagai Johnny Storm/Human Torch, dan Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm/The Thing.

Dalam usaha mereka menyesuaikan diri sebagai adiwira, mereka terpaksa berhadapan dengan ancaman Galactus, makhluk kosmik pemusnah dunia, serta Silver Surfer, utusan misterinya yang kali ini diperkenalkan sebagai Shalla-Bal, lakonan Julia Garner.

Kredit: Marvel Studios

Turut menyertai barisan pelakon adalah Paul Walter Hauser, John Malkovich, Natasha Lyonne, dan Sarah Niles, membawakan watak yang masih dirahsiakan. Filem ini diarahkan oleh Matt Shakman dan diterbitkan oleh Kevin Feige.

Pandangan Pertama Teaser

Kredit: Marvel Studios

Teaser rasmi pertama untuk The Fantastic Four: First Steps akhirnya ditayangkan, memberikan gambaran awal tentang kisah dan visual filem ini. Trailer bermula dengan babak Reed dan Sue membawa seorang tetamu warga emas melawat Baxter Building, markas utama Fantastic Four. Suasana berubah menjadi lebih santai apabila Ben Grimm (The Thing) dilihat membantu H.E.R.B.I.E., pembantu robot mereka, memasak.

Namun, nada semakin serius apabila Reed Richards terkenang semula kegagalan misi angkasa pertama mereka, yang mengubah kehidupan masing-masing selama-lamanya. Sue Storm cuba mengingatkan bahawa walaupun mereka telah berubah secara fizikal, mereka masih sama seperti dahulu dan akan menghadapi apa jua cabaran sebagai sebuah keluarga.

Kredit: Marvel Studios

Babak ini diselang-selikan dengan adegan aksi, termasuk Johnny Storm menyala dengan api, Sue Storm menggunakan medan tenaga, dan Ben Grimm mempamerkan penampilan luar biasanya. Trailer ini juga mengusik tentang Galactus, dengan siluet mengancamnya yang menutupi bandar.

Namun, beberapa perkara masih menjadi tanda tanya. Penampilan penuh Silver Surfer masih belum ditunjukkan, malah wajah Galactus juga tidak dipaparkan dengan jelas. Yang paling mengejutkan, trailer ini langsung tidak menunjukkan kuasa Mister Fantastic, membuatkan kami tertanya-tanya bagaimana kuasanya akan digambarkan dalam filem ini.

Kredit: Marvel Studios

Walaupun masih banyak yang belum didedahkan, The Fantastic Four: First Steps sudah menunjukkan potensi untuk menjadi sebuah filem MCU hebat penuh dengan visual menakjubkan. Kami yakin ramai tidak sabar untuk tayangannya pada Julai 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemThe Fantastic Four: First Steps
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Fighting Collection 2 Kembalikan Game Klasik Untuk Semua Pada Mei 2025!

Next Post

Netflix One Piece Tamat Penggambaran Season 2! Grand Line Menanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Netflix One Piece Tamat Penggambaran Season 2! Grand Line Menanti!

Netflix One Piece Tamat Penggambaran Season 2! Grand Line Menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd