Epic Games Store nampaknya telah memberikan game percuma yang menarik sempena Halloween ini. Game percuma tersebut adalah The Evil Within oleh Tango Gameworks! Ia tersedia secara percuma bermula hari ini, 20 Oktober sehingga 26 Oktober jam 11 malam. Jadi anda yang tidak pernah mainkan lagi game ini, bolehlah tuntutnya sekarang secara percuma di Epic Games Store!

Tentang The Evil Within
Sebagai Detektif Sebastian Castellanos, cari kebenaran gelap di sebalik pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan dan kaitannya dengan dunia yang gila, tempat makhluk mengerikan berkeliaran. Hadapi keganasan yang tidak dapat dibayangkan dan berjuang untuk terus hidup dengan sumber yang terhad, Sebastian memulakan perjalanan yang menakutkan untuk mendedahkan siapa – atau apa – yang bertanggungjawab ke atasnya.

Kesengitan dan kebimbangan meningkat secara mendadak semasa anda meneroka dunia game yang menyeksakan, menghadapi kengerian yang mengancam, mengelak perangkap kejam dan menguruskan bekalan penting semasa anda bertahan menghadapi cabaran yang sukar. Koridor, dinding, pintu dan keseluruhan bangunan berubah dalam masa nyata, menjerat pemain dalam realiti esat di mana ancaman boleh muncul pada bila-bila masa dan dari mana-mana arah.

Satu lagi game percuma yang turut tersedia bersama The Evil Within adalah Eternal Threads, sebuah game puzzle first person. Ia juga tersedia sehingga 26 Oktober 2023.
Paling menarik sekali, Epic Games Store akan memberikan sekuel The Evil Within 2 pada minggu hadapan! Jadi anda dapatlah mengalami pengalaman lengkap siri tersebut nanti!

Untuk mendapatkan berita lain mengenai game percuma daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post