Game MMORPG popular, The Elder Scrolls Online kini percuma untuk anda dapatkan melalui Epic Games Store. Ianya tersedia bermula hari ini, 21 November sehingga 27 November 2023 jam 11 malam! Jadi kalau anda yang sudah lama ingin bermainnya tetapi tidak berkesempatan untuk membelinya, bolehlah tuntut game itu sekarang! Jimat RM 79 ringgit anda!
Tentang The Elder Scrolls Online
Alami kisah merentasi Tamriel dalam The Elder Scrolls Online! Terokai dunia bersama rakan atau secara solo. Anda mempunyai kawalan penuh terhadap watak anda serta gaya bermain, termasuklah senjata dan skill yang anda gunakan.
- Main ikut cara anda sendiri
- Battle, kraf, curi atau terokai dan gabungkan pelbagai jenis perisai, senjata dan kebolehan untuk hasilkan gaya bermain anda sendiri.

- Cipta kisah tersendiri
- Temui pelbagai rahsia Tamriel sambil anda mencari semula roh anda yang hilang dan menyelamatkan dunia daripada Oblivion. Alami setiap kisah daripada dunia tersebut secara berseorangan atau rakan.

- Multiplayer RPG
- Selesaikan quest dengan rakan, ikuti pengembara lain untuk meneroka dungeon atau sertai PvP battle bersama ratusan pemain lain.
Epic Games Store turut menawarkan game percuma lain selain The Elder Scrolls Online iaitu Murder by Numbers. Jadi jangan lupa untuk semua game percuma sebelum 27 November 2023. Untuk mendapatkan berita menarik lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post