Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered Dilancarkan Hari Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2025
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PC Game Pass, PS5, Remastered, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered Dilancarkan Hari Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bethesda Softworks telah mengumumkan pelancaran mengejut The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered — versi moden untuk RPG klasik 2006 yang kini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store. Ia juga tersedia menerusi Xbox Game Pass, sekaligus mengejutkan peminat dengan kehadirannya secara serta-merta.

Dibangunkan oleh Virtuos Studios bersama Bethesda, versi remaster ini menggunakan Unreal Engine 5 untuk menyampaikan grafik yang lebih realistik dan sistem gameplay yang diperhalusi, sambil mengekalkan elemen utama yang menjadikan Oblivion antara RPG open-world paling ikonik.

Hanya beberapa jam selepas dilancarkan, Oblivion Remastered melonjak ke carta teratas Steam dengan lebih 182,000 pemain serentak.

Kredit: Bethesda Softworks

Berlatar di wilayah Cyrodiil dalam dunia Tamriel, Oblivion Remastered menempatkan pemain sebagai watak utama yang perlu menghentikan kultus Mythic Dawn daripada membuka gerbang ke alam Oblivion.

Misi utama yang terbuka, misi sampingan yang meluas, serta jalan cerita puak seperti Dark Brotherhood dan Thieves Guild kembali, menekankan elemen kebebasan dan penerokaan.

Kredit: Bethesda Softworks

Dengan game engine baru, ia menyokong resolusi 4K pada 60 FPS, menampilkan landskap yang direka semula, butiran watak dan dunia yang lebih tajam, serta lokasi ikonik seperti Imperial City yang kini tampak lebih mengagumkan.

Teknologi lip-sync dan perspektif third-person turut menambah keasyikan kepada pengalaman.

Kredit: Bethesda Softworks

Game ini juga hadir dengan pelbagai penambahbaikan: sistem combat yang lebih responsif dengan animasi baharu, gaya blocking mirip Souls, dan sistem memanah serta stamina yang dipertingkat. Mekanik “level up” pula kini lebih seimbang, memadukan versi asal dengan kebolehcapaian ala Skyrim.

Ciri kualiti hidup seperti sprinting, character creation yang lebih mendalam, dan UI yang dikemas kini turut ditambah bagi menjadikan game ini lebih mesra dan moden.

Kredit: Bethesda Softworks

Segala kandungan DLC original turut disertakan, termasuk Knights of the Nine, Shivering Isles, dan tambahan seperti Fighter’s Stronghold, Mehrune’s Razor, serta Horse Armor Pack yang terkenal. Terdapat juga dialog dan suara baharu, termasuk kemunculan semula watak ikonik seperti Adoring Fan.

Untuk peminat tegar, Edisi Deluxe menawarkan misi eksklusif serta senjata, perisai dan armor kuda tambahan.

Kredit: Bethesda Softworks

Sementara peminat menantikan berita lanjut mengenai The Elder Scrolls VI yang masih belum mempunyai tarikh pelancaran, anda boleh bermain dahulu Oblivion Remastered — satu pengalaman klasik yang kini diberi nafas baru untuk generasi moden.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Onimusha 2: Samurai’s Destiny (Remaster) – Pabila Game Samurai Klasik Diberi Layanan HD!

Next Post

Shadowverse: Worlds Beyond Capai 300,000 Prapendaftaran, Ganjaran Baru Diperkenalkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Shadowverse: Worlds Beyond Capai 300,000 Prapendaftaran, Ganjaran Baru Diperkenalkan

Shadowverse: Worlds Beyond Capai 300,000 Prapendaftaran, Ganjaran Baru Diperkenalkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd