Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Dungeon of Naheulbeuk akan hadir di PS4 Disember ini!

Maira by Maira
December 10, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PS4
0 0
0
The Dungeon of Naheulbeuk akan hadir di PS4 Disember ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Artefacts Studio, SCRYsoft dan Dear Villagers akan membawakan RPG taktikal luar biasa The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos ke PS4, dalam ‘Chicken Edition’ baru yang merangkumi DLC ‘Ruins of Limis’. Permainan ini akan dikeluarkan secara digital sebagai permulaan di PlayStation Store pada 21 Disember 2021 dan versi fizikal dirancang untuk keluar pada Q1 2022.

Dunia Naheulbeuk ialah ciptaan original oleh pengarang Perancis, John Lang. Ia bermula sebagai siri komedi audio yang sangat popular, yang memparodikan lakonan, tabletop game dan kiasan fantasi heroik, kini dijadikan permainan video!

Tentang The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos

The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos ialah RPG taktikal turn-based yang penuh dengan daya tarikan, jenaka dan huru-hara! Mengetuai pasukan wira, pemain akan memulakan pengembaraan epik yang menggabungkan keseronokan, kreativiti dan huru-hara dari kempen. Ia juga mempunyai cabaran game RPG taktikal terbaik, menyampaikan pengembaraan yang tidak pernah anda lalui sebelum ini.

Ciri-ciri utama

  • Terokai dungeon yang besar dan mengejutkan dari gua sehingga ke kuarters mewah raja jahat Zangdar, melalui taman luncur ais goblin dan tavern yang sangat meriah!
  • Main dengan tujuh watak permainan RPG yang mempunyai kemahiran yang saling melengkapi semasa anda menaikkan level mereka. Watak tersebut ialah Ranger, Elf, Dwarf, Barbarian, Magician (disuarakan oleh Felicia Day), Ogre and Thief.
  • Pertarungan turn-based yang menarik dengan mekanik sokongan kreatif antara ahli pasukan.
  • Bestiary yang luas, yang mempunyai lebih daripada 100 musuh! Ia akan mendorong anda berfikir dengan lebih taktikal dalam setiap pertarungan.
  • Objek tersembunyi dan boleh dimusnahkan dengan kesan status yang mengejutkan, akan mengubah arus pertempuran menjadi lebih mudah atau susah!
  • Sistem kesukaran yang disesuaikan. Daripada mod cerita yang boleh diakses dan menyeronokkan dengan pertempuran yang dipermudahkan dalam “nightmare mode”, di mana kesilapan yang kecil boleh membawa kepada kejatuhan anda.
  • Perbualan yang pelik dan kucar-kacir, situasi yang tidak masuk akal dan pertemuan luar biasa menanti!
  • Termasuk dengan DLC ‘Ruins of Limis’, permainan komedi-seram di mana wira terperangkap dalam perang antara puak necromancer dan vampire coven.

DLC Ruins of Limis

  • Alami kisah lucu selepas bermain kempen dengan kandungan lebih 5 jam dalam dunia roleplaying John Lang.
  • Pilih pihak anda dan ikuti questline yang bercabang dalam konflik antara puak necromancer dan vampire coven.
  • Pimpin kumpulan wira dalam pengembaraan dalam sebuah tempat yang dipenuhi zombi.
  • Buka kebolehan ajaib dan pertahankan diri anda daripada makhluk pada waktu malam!
  • Harungi 11 cabaran pertempuran dan cabaran masa yang singkat.
  • Lengkapkan side quest ‘Trollkenstein’ yang unik di mana wira mesti memburu bahagian badan troll yang berbeza untuk digabungkan menjadi raksasa.

Untuk liputan lain mengenai permainan, sila klik pautan ini.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos
Previous Post

[TGA 2021] Forspoken akan keluar 24 Mei 2022 serta info gameplay & pre-order!

Next Post

[TGA 2021] Game survival-horror Alan Wake 2 akan keluar di konsol next-gen & PC pada 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[TGA 2021] Game survival-horror Alan Wake 2 akan keluar di konsol next-gen & PC pada 2023!

[TGA 2021] Game survival-horror Alan Wake 2 akan keluar di konsol next-gen & PC pada 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd