Semasa livestream Ubisoft Forward, Ubisoft telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk Tom Clancy’s The Division Resurgence, game mobile third-person RPG shooter. The Division Resurgence membawa pengalaman AAA The Division ke peranti mobile. Dalam game baharu ini, pemain akan melihat jalan penceritaan baharu dalam dunia yang terbentang luas, di mana mereka bebas meneroka dalam persekitaran yang penuh dengan perincian serta unik. Ia juga membawa perspektif baharu kepada penceritaan yang berlaku antara The Division dan The Division 2.
The Division Resurgence akan lancar di peranti iOS dan Android pada musim luruh 2023, anggaran bulan September hingga Disember. Pemain yang pra-daftar akan menerima ganjaran unik dalam game apabila game lancar.
Buat masa ini, pemain daripada negara terpilih dapat sertai Regional Test dan bermain The Division Resurgence bermula 13 Jun sehingga 24 Julai. Berikut adalah negara-negara yang terpilih: Australia, Chile, Denmark, Finland, Belanda, Norway, Filipina, Sepanyol dan Sweden.

Pemain daripada negara tersebut boleh daftar untuk peluang menyertai Regional Beta melalui Google Play Store pada peranti Android dan App Store pada peranti iOS. Pemain yang terpilih akan dijemput untuk sertai beta tersebut. Mereka yang telah sertai ujian yang terdahulu, tidak kiralah negara mana, turut berpeluang untuk mainkan The Division Resurgence semasa Regional Beta.

Dalam Regional Beta ini, terdapat kandungan baharu jika dibandingkan dengan fasa ujian yang lalu, termasuklah lebih banyak misi utama, aktiviti dan juga ejen specialization yang baru. Pemain boleh memberikan maklum balas mereka kepada pasukan pembangun melalui survey dalam game dan alat bug report. Platform Discord juga boleh digunakan untuk memberi maklum balas.

Pra-daftar turut dibuka untuk pemain daripada Thailand, Singapura, Malaysia, Kemboja dan Indonesia melalui Level Infinite pada Google Play Store untuk pemain Android. Kepada pemain iOS, jangan risau kerana pra-daftar akan dibuka pada tarikh akan datang. Jadi jangan lupa untuk ikuti maklumat lanjut mengenainya melalui laman web rasmi Tom Clancy’s The Division Resurgence. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai The Division daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post