Tom Clancy’s The Division sudah lama dilancarkan pada tahun 2016 untuk konsol dan PC. Berita baik untuk para peminat hari ini kerana Ubisoft secara rasmi mengesahkan bahawa francais The Division akan hadir tidak lama lagi pada peranti mudah alih. Ubisoft mengesahkan dalam pernyataan rasmi bahawa The Division Mobile akan dikeluarkan selepas The Division Heartland dari studio Red Storm, yang bakal dilancarkan untuk konsol dan PC pada tahun 2021 atau 2022.
Selain itu, Heartland dan versi mobile ini bukanlah satu-satunya idea yang dikongsi oleh Ubisoft dalam posting tersebut. Syarikat itu juga berusaha untuk mengeluarkan novel berdasarkan permainan dan adaptasi filem Netflix. Gambar di atas menunjukkan bahawa The Division Heartland akan diikuti oleh kandungan baru The Division 2, The Division Mobile, novel The Division, dan akhirnya, adaptasi filem The Division oleh Netflix.
Adaptasi filem The Division oleh Netflix pula akan dibintangi oleh Jessica Chastain dan Jake Gyllenhaal, serta Rawson Marshall Thurber sebagai pengarah. Ubisoft berharap dapat membawa The Division ke khalayak yang lebih luas dengan Heartland dan versi mobile, tetapi syarikat itu tidak bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut.
Memandangkan Ubisoft mengesahkan lebih banyak maklumat mengenai The Division Heartland (yang percuma untuk dimainkan), The Division Mobile mungkin masih dalam fasa awal pembikinan. Bagi sesiapa yang ingin mengenali francais ini, The Division 2 kini tersedia untuk PC, PS4, dan Xbox One.
Sumber – Ubisoft

@gamersantaimy
Discussion about this post