Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The DioField Chronicle dilancarkan pada 22 September 2022 di semua konsol dan PC

safwan by safwan
July 4, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Simulator, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The DioField Chronicle dilancarkan pada 22 September 2022 di semua konsol dan PC
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix selaku penerbit mengumumkan game strategy RPG baru iaitu The DioField Chronicle akan dikeluarkan pada 22 September 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC melalui Steam. Dibangunkan oleh Lancarse, demo untuk game ini akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022.

『The DioField Chronicle』は2022年9月22日(木)に発売が決定しました。7/7(木)より予約受付を開始します。
※DL版の各PFストアへのURLは7/7(木)に告知予定です。

体験版は8月10日を予定しております。こちらもどうぞご期待ください。#DFC #ディオフィールドクロニクル #TheDioFieldChronicle pic.twitter.com/wL7YI84Dlp

— ディオフィールドクロニクル公式 (@DFC_JP) July 2, 2022

Sebelum membeli game ini, anda dibenarkan untuk mencuba terlebih dahulu dengan bermain demo The DioField Chronicle. Dalam demo, ia akan meliputi keseluruhan bab pertama dan progress daripada demo boleh dibawa ke game penuh selepas dilancarkan nanti.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, berikut adalah sinopsis The DioField Chronicle:

Ia berlaku di benua yang dilanda perang, di mana Kingdom of Alletain terletak di kawasan berhampiran konflik antara Trovelt-Schoevian Empire dan Rowetale Alliance. Apabila Empire akhirnya mengalahkan Alliance, mereka mengalihkan perhatian mereka kepada Alletain. Game ini mengikuti kumpulan tentera upahan yang berkaitan dengan Alletain yang dipanggil “Blue Foxes”.

Empat ketua kumpulan itu ialah Andrias Rhondarson, seorang pengawal peribadi diraja yang mengetahui ilmu sihir kuno, Fredret Lester, kawan zaman kanak-kanaknya, Iscarion Colchester, seorang pemanah dan bekas bangsawan, dan Waltaquin Redditch, seorang wanita mage.

Ciri-ciri penting

  • RPG simulasi serba baru – Menceritakan tentang kisah epik peperangan dan penghormatan. Menampilkan dunia unik yang cantik di mana ia menggabungkan pengaruh fantasi, zaman pertengahan dan moden.
  • Pertempuran Real-Time strategik – Gunakan pelbagai kemahiran, kelas dan senjata dengan bijak untuk menyerang musuh dan menyelesaikan misi anda.
  • Adegan pertempuran “Diorama”- style – Persekitaran semula jadi dan budaya DioField digabungkan dengan tekstur “Diorama”-style yang unik untuk mencipta estetika visual yang jelas dan cantik.

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa The DioField Chronicle akan dilancarkan pada 22 September 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC melalui Steam. Jika anda berminat untuk mencuba game ini terlebih dahulu, mereka juga melancarkan versi demo pada 10 Ogos 2022.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Pra-pesan Sekarang!
The DioField Chronicle
The DioField Chronicle merupakan game strategy RPG yang dibangunkan oleh Lancarse dan diterbitkan oleh Square Enix. Ia akan dikeluarkan pada 22 September 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC melalui Steam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The DioField Chronicle
Previous Post

Nak tengok anime tanpa iklan dan percuma? Boleh cuba aplikasi Bilibili!

Next Post

[Unboxing] Monster Hunter Rise: Sunbreak – “Metallic Red Rare Amiibo”

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
[Unboxing] Monster Hunter Rise: Sunbreak – “Metallic Red Rare Amiibo”

[Unboxing] Monster Hunter Rise: Sunbreak - "Metallic Red Rare Amiibo"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd