Francais The Dark Pictures sudah mengeluarkan dua permainan seram berfokus pada pilihan, di mana Man of Medan menugaskan pemain untuk menjelajah sebuah kapal hantu berhantu manakala Little Hope membiarkan pemain terkandas di sebuah kota yang dilanda oleh “witches“. The Dark Pictures: House of Ashes adalah entri seterusnya dalam siri dan dijadualkan akan keluar pada akhir tahun ini.
Kembali pada topik asal, teaser ini kebanyakannya memfokuskan pada suasana labirin bawah tanah dalam House of Ashes, dan menunjukkan para tentera diburu oleh antagonis permainan. Teaser ini juga menunjukkan sudut pandangan makhluk tersebut, yang tampaknya menggunakan abiliti “echolocation” untuk menavigasi dalam terowong bagi menangkap mangsanya.
Berikut adalah rumusan dari laman web rasmi:
“Permainan akan berlangsung semasa Perang Iraq pada tahun 2003. Ia akan mengikuti operatif CIA bernama Rachel King, yang bekerjasama dengan sekumpulan tentera elit untuk menyerang sebuah fasiliti senjata kimia bawah tanah rahsia.
Pasukan ini diserang hendap, dan konflik yang terhasil membuka sejumlah lubang di gurun yang menjatuhkan mereka ke dalam sebuah kuil Sumeria yang terkubur.
Seperti yang dijangkakan, mereka tidak akan sendirian di dunia baru ini. Beberapa “makhluk kuno ghaib” telah bangkit, dan akan memburu pemain ketika mereka mencari jalan untuk melarikan diri.”
The Dark Pictures: House of Ashes bakal dilancarkan pada tahun 2021 untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X. Tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan
Sumber – Supermassive Games

@gamersantaimy
Discussion about this post