Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me akan keluar November ini, cerita ala-ala filem SAW!

Maira by Maira
July 8, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me akan keluar November ini, cerita ala-ala filem SAW!
Share on FacebookShare on Twitter

Supermassive Games telah melepaskan trailer terbaru untuk game mereka iaitu The Dark Picture Anthology: The Devil in Me. Trailer tersebut memaparkan sedikit sebanyak tentang penceritaan game itu. Untuk pengetahuan anda ini merupakan game terakhir untuk musim 1 The Dark Pictures Anthology. Bukan setakat itu sahaja, The Devil in Me juga akan menemui pemain pada November ini!

Anda akan mengikuti kisah sekumpulan krew TV daripada Lonnit Entertainment yang telah menerima panggilan misteri daripada seorang lelaki yang bernama Granthem Du’Met. Dia telah menjemput mereka untuk melawat replika “murder castle” H.H. Holmes. Pengasas Lonnit Entertainment, Charlie Lonnit percaya bahawa lawatan tersebut boleh menyelamatkan rancangan TV mereka.

Hotel yang kelihatan seperti tempat yang sempurna untuk penggambaran bertukar tragis. Nampaknya krew tersebut telah mengetahui bahawa mereka telah diperhatikan dan dimanilupasi oleh seseorang daripada bayangan.

Salah seorang calon Oscar, Jessie Buckley akan membintangi sebagai ahli krew malang yang melawat lokasi pelik ini, tempat yang dipenuhi dengan perangkap maut yang dipasang oleh hos mereka, Granthem Du’Met. Diperhatikan, dipisahkan dan dimanipulasi seperti tikus makmal. Ia jelas menunjukkan bahawa ahli krew akan menghadapi pelbagai kesukaran untuk keluar daripada hotel tersebut dan sudah tentu perlu membuat beberapa pilihan sukar yang mereka mungkin kesali.

The Dark Pictures Anthology ialah satu siri game seram sinematik yang mempunyai pelbagai cabang cerita yang direka untuk memberikan pengalaman seram baru. Setiap game tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dan memaparkan cerita, latar dan pelakon watak baru.

The Devil in Me akan tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai The Dark Pictures Anthology yang lain daripada kami, sila klik pautan ini.

The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Supermassive Games
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Sekumpulan krew TV daripada Lonnit Entertainment yang telah menerima panggilan misteri daripada seorang lelaki yang bernama Granthem Du’Met. Dia telah menjemput mereka untuk melawat replika "murder castle" H.H. Holmes. Pengasas Lonnit Entertainment, Charlie Lonnit percaya bahawa lawatan tersebut boleh menyelamatkan rancangan TV mereka.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Supermassive GamesThe Dark Pictures AnthologyThe Devil in Me
Previous Post

[Review] Black Shark 5 series – Shark Chan kembali membawa perubahan baru!

Next Post

Garena jemput Justin Bieber untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-5 Free Fire

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Garena jemput Justin Bieber untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-5 Free Fire

Garena jemput Justin Bieber untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-5 Free Fire

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd