Supermassive Games dan Bandai Namco telah mengumumkan bahawa The Dark Pictures Anthology: Little Hope akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Oktober untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam. Pada awal bulan Jun, game tersebut telah menukar tarikh pelancaran dari Summer 2020 ke Fall 2020, dan ini merupakan tarikh rasmi pertama yang diumumkan.
“Sejak krisis COVID-19 melanda pada bulan Mac, Supermassive Games telah meminta 200 kakitangan untuk bekerja di rumah. Keutamaan kami adalah keselamatan pasukan. Kami kini bekerja di rumah dengan sukses, dengan seluruh pasukan bernekad untuk memberikan permainan video terbaik. Dengan itu, saya harus membuat pengumuman bahawa Little Hope akan ditunda dari tarikh pelancaran musim panas, dan mensasarkan pelancaran musim luruh 2020. ” -kata Pete Samuels, Pengarah Siri dan Penerbit Eksekutif di Supermassive Games pada pengumuman awal.
Sinopsis
“Ditinggalkan dan sendirian setelah bas mereka terbabas kerana cuaca buruk, empat pelajar kolej dan guru mereka terdampar di bandar Little Hope yang terpencil. Terperangkap oleh kabus misteri, mereka mencari cara untuk melarikan diri sambil dihantui oleh visi menakutkan daripada masa lalu. Setelah menyaksikan masa lalu bandar Little Hope yang mengerikan dan peristiwa Witch Trial pada abad ke-17, makhluk-makhluk jahat mula mengejar mereka tanpa henti. Terperangkap di Little Hope, mereka berusaha untuk membongkarkan misteri di sebalik rahsia ini sebelum kuasa jahat menyeret roh mereka ke neraka!”
The Dark Pictures Anthology: Little Hope dijadualkan untuk keluar di PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam pada 30 Oktober. Anda boleh melihat semua liputan kami tentang game ini di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post