Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Caligula Effect 2 akan keluar di Switch & PS4 pada bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2021
in Artikel, Berita, JPRG, Nintendo Switch, PS4
0 0
0
The Caligula Effect 2 akan keluar di Switch & PS4 pada bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kurang dari sebulan sebelum pelancaran rasmi The Caligula Effect 2 versi Inggeris, Sony PlayStation dan NIS America telah melancarkan treler baru yang menampilkan setiap watak dan abiliti unik mereka dalam permainan. JRPG ini dijadualkan akan keluar untuk penonton barat pada 19 Oktober 2021, empat bulan setelah ia dilancarkan di Jepun.

Treler baru ini boleh didapati di bawah, dan lebih banyak maklumat mengenai setiap watak boleh dibaca di laman web rasmi permainan.

Berikut adalah rumusan permainan, menurut NIS America:

Ikuti pengembaraan realiti dari penulis senario Persona, Tadashi Satomi dan Pengarah Takuya Yamanaka!

Seorang “virtuadoll” bernama Regret telah menciptakan dunia Redo untuk menyelamatkan orang dari penyesalan mereka pada masa lalu dengan memenjarakan mereka dalam sebuah simulasi. Walau bagaimanapun, “syurga” ini digegarkan apabila idola maya bernama χ menerobos realiti maya Regret dan mengembalikan memori pelajar sekolah menengah tentang dunia nyata. Untuk melarikan diri dari Redo, mereka menubuhkan Go-Home Club, sebuah kumpulan yang berusaha untuk memerangi Regret dan askarnya, para Obbligato Musician.

The Caligula Effect 2's story, characters, systems, and limited edition  detailed | GoNintendo
  • Selamat Datang ke Tatefushi Academy: Temui wajah-wajah baru Go-Home Club, yang memori masing-masing dikembalikan oleh virtuadoll, χ. Rekrut pelajar lain untuk menolong anda, menentang para pemuzik virtuadoll Regret dan Obbligato Musician, dan lepaskan diri dari dunia Redo yang palsu!
  • Breakout Battles: Manfaatkan kelebihan taktikal dengan menggunakan Imaginary Chain untuk meramalkan pergerakan musuh dan melaksanakan urutan serangan yang sempurna.
  • Syurga yang Tidak Dapat Dilupakan: Penulis senario Tadashi Satomi dan Pengarah Takuya Yamanaka telah membuat kisah Redo dengan teliti, serta menghiasinya dengan soundtrack berinspirasikan vocaloid.
The Caligula Effect 2 Is Coming To The West This Year - Nintendo Life

Tentang tarikh pelepasan, The Caligula Effect 2 akan dilancarkan pada 19 Oktober di Amerika Utara dan 22 Oktober di Eropah untuk Nintendo Switch dan PlayStation 4. Ia masih belum diumumkan di negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, tetapi saya yakin berita ini akan diumumkan dalam masa terdekat kerana The Caligula Effect 2 versi Cina/Korea sebenarnya boleh didapati di PlayStation Store Malaysia.

Untuk segala liputan kami tentang game JRPG, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JPRGnintendo switchPS4The Caligula Effect 2
Previous Post

PMPL MYSG dijuarai oleh Geek Fam dan membawa pulang RM 77 ribu! Tahniah!

Next Post

Khabar angin: eSukan PUBG “mungkin lenyap dari China” kerana undang-undang ketat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Khabar angin: eSukan PUBG “mungkin lenyap dari China” kerana undang-undang ketat!

Khabar angin: eSukan PUBG "mungkin lenyap dari China" kerana undang-undang ketat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd