Tokyo Game Show (TGS) 2024 dijangka menjadi salah satu acara gaming paling menarik tahun ini, dan sebagai salah satu peserta acara pameran, SEGA tidak ketinggalan.
Bersama ATLUS, SEGA menganjurkan booth bersama yang menampilkan pelbagai demo game dan persembahan istimewa yang pasti menghiburkan peminat semua genre. Diadakan di Makuhari Messe dari 26–29 September, acara tahun ini menjanjikan campuran nostalgia, inovasi, dan pengalaman yang mendalam.

Mari kita lihat apa yang boleh anda jangkakan daripada booth SEGA/ATLUS di TGS 2024.
Pelbagai Game Untuk Cuba, Semuanya Belum Dikeluarkan Lagi

Booth SEGA/ATLUS di TGS 2024 adalah destinasi utama untuk para gamer yang ingin mencuba sendiri game terbaru yang sudah ataupun belum dilancarkan secara rasmi. Sama ada anda peminat JRPG, pengembaraan penuh aksi, atau eksplorasi dunia terbuka, pasti ada sesuatu untuk semua orang.
Antara game yang sangat dinantikan, Metaphor: ReFantazio dan SONIC X SHADOW GENERATIONS menjadi tumpuan utama. Selain game ini, Like a Dragon: Pirates Yakuza in Hawaii turut ditambah ke senarai booth, sedangkan ia baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas, dan memberikan peminat peluang untuk mencuba judul terbarunya
Lebih seronok lagi, semua pengunjung booth SEGA/ATLUS atau yang mencuba demo akan menerima barangan eksklusif.


Selain itu, SEGA dan ATLUS turut menyediakan pelbagai game lain, daripada RPG kegemaran ramai hingga ke game mobile yang menyeronokkan. Berikut adalah judul-judul utama yang dipamerkan:
SEGA
- SONIC X SHADOW GENERATIONS (PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch, PC)
- Sonic Rumble (iOS, Android)
- Two Point Museum (PS5, Xbox Series, PC)
- Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii (PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, PC)
ATLUS
- Metaphor: ReFantazio (PS5, Xbox Series, PS4, PC)
Electronic Arts
- Dragon Age: The Veilguard (PS5, Xbox Series, PC)
- MySims: Cozy Bundle (Switch)
- EA SPORTS FC (PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch, PC)
GIANTS Software
- Farming Simulator 25 (PS5, Xbox Series, PC)
GSC Game World
- S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl (Xbox Series, PC)
Jyamma Games
- Enotria: The Last Song (PS5, Xbox Series, PC)
Warner Bros. Games
- Harry Potter: Quidditch Champions (PS5, PS4, Switch, PC)
Nippon Ichi Software
- Phantom Brave: The Lost Hero (PS5, PS4, Switch)
- Tajuk Baharu dari Nippon Ichi Software
PLAION
- Kingdom Come: Deliverance II (PS5, PC)
U&I Entertainment Japan
- Tomb Raider I-III Remastered Starring Lara Croft (PS5, PS4, Switch)
Fan Time Show dan Persembahan Istimewa

Selain demo game, SEGA/ATLUS turut memperhebatkan suasana dengan pelbagai Fan Time Show, termasuk persembahan langsung dan pandangan eksklusif. Persembahan ini direka untuk membuat peminat teruja dan terbenam dalam dunia game kegemaran mereka. Berikut adalah beberapa sorotan:
Sonic x Shadow Generations: Sonic dan Shadow akan muncul di pentas dalam persembahan langsung bersama kumpulan AIRDANCE pertama di dunia, “AIR FOOT WORKS.” Persembahan khas ini menggabungkan akrobatik dan klip daripada Sonic x Shadow Generations, memberikan pengalaman unik yang menggabungkan gameplay dengan hiburan dunia nyata.

Like a Dragon: Pirates Yakuza in Hawaii: H. Kido dari SEGA akan memperkenalkan barangan Yakuza terbaru yang tersedia di TGS. Akan ada juga persembahan impersonasi oleh Hidenari Ugaki dan Mr. Shachihoko, bersama persembahan muzik Yakuza dengan ahli pelakon seperti First Summer Uika dan Ryosuke Horii, memberikan peminat pengalaman teaterik mendalam ke dalam alam Yakuza.

Metaphor: ReFantazio: Persembahan khas oleh Honra Keisuke, ketua sami dari Kuil Chogenzan Myojoji, bersama cosplayer rasmi termasuk Shinozaki Kokoro dan Billy. Persembahan langsung ini akan disertai oleh rakaman video eksklusif, memberi momen yang tidak boleh dilupakan kepada para pengunjung.
Persona 5: The Phantom X: Peminat siri Persona juga boleh teruja apabila penyanyi Persona 5, Lyn (Inaizumi Rin), membuat persembahan secara langsung. Rakaman daripada Persona 5: The Phantom X akan datang juga akan ditayangkan, bersama penampilan cosplayer rasmi.

Merchandise
Tiada acara gaming lengkap tanpa barangan eksklusif, dan SEGA/ATLUS mempunyai banyak barangan untuk peminat. Booth ini akan menampilkan barangan baharu untuk game seperti SONIC X SHADOW GENERATIONS, siri Like a Dragon, dan Metaphor: ReFantazio. Peminat boleh mengumpul barangan TGS eksklusif yang pasti menjadi koleksi berharga.
“SEGA/ATLUS Special Program“ Livestream
Jika anda tidak dapat menghadiri acara secara langsung, anda masih boleh mengikuti semua keseronokan. SEGA/ATLUS Special Program di Tokyo Game Show 2024 akan disiarkan secara langsung pada 27 September jam 6:00 malam.
Dihoskan oleh Saya Hiyama dan Daisuke Namikawa, livestream ini akan menampilkan maklmat dan pengumuman terbaru daripada SEGA, ATLUS, dan rakan kongsi mereka. Program ini akan tersedia di saluran YouTube rasmi SEGA, serta platform lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara booth, demo game, dan barangan, pastikan untuk melawat laman web eksklusif SEGA/ATLUS TGS, di mana anda akan menemui info terkini dan butiran mengenai kempen media sosial, hadiah percuma, dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post